Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
ISI KANDUNGAN
Tahukah anda? Anda boleh menuntut bantuan tambahan RM1000 terutamanya bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bantuan tambahan ini dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional(BSN).
Bantuan ini dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK)
Bagi yang tidak tahu, bantuan ini boleh dituntut sekiranya berlaku kematian ke atas penerima STR ataupun pasangan penerima yang telah meninggal dunia.
TENGAH TRENDING:—————————
- Rumah PPR 2024 : Cara Permohonan Serta Syarat Kelayakan
- Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad : Ini Cara Membuat Semakan
———————————————————
Bantuan Tambahan RM1000 Sumbangan Tunai Rahmah
Bantuan tambahan RM1000 buat penerima STR adalah Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian. Skim ini merupakan bantuan pengurusan kematian.
Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.
Ikuti Group Whatsapp Kami Untuk Mendapatkan Info Terkini Bantuan 2024.
Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Tambahan Ini?
Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.
Kategori yang layak menuntut RM1000 tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Penting
Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.
Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
- Adik-beradik
- Cucu
Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Dokumen yang diperlukan untuk tuntut Bantuan Tambahan RM1000
Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :
- Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
- Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
- Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.
Semakan Status STR
Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak
Soalan Lazim (FAQ)
Siapakah yang layak menerima Bantuan Tambahan RM1000?
SKK layak dituntut oleh Pemohon / Pasangan / waris sekiranya Permohonan STR 2024 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.
Dokumen yang diperlukan untuk tuntut Bantuan Tambahan RM1000
Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :
– Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
– Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
– Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.