TERKINI: Permohonan Bantuan Tunai RM800 Tahun 2023

PERMOHONAN BANTUAN TUNAI MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2023: SEMAKAN & CARA PERMOHONAN

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai kementerian atau jababatan kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satu inisiatif kerajaan adalah bantuan tunai RM800 melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan ini.

Baca Juga:

Bantuan Tunai Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Bantuan Tunai Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan untuk meringankan/mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

TERKINI: Permohonan Bantuan Tunai RM800 Tahun 2023

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Untuk Tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM600 kepada RM800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan:

  • November 2023: RM200
  • Disember 2023: RM200
  • Januari 2024: RM200
  • Februari 2024: RM200

Semua penyaluran Bantuan Tunai BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Pihak Berkuasa Kemjuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

RISDA - Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 Kini Dibuka
SUMBER: Infografik BMT BERNAMA

Syarat Kelayakan Bantuan Tunai Musim Tengkujuh (BMT) 2023

Berikut dikongsikan syarat kelayakan Bantuan Tunai Musim Tengkujuh (BMT) 2023:

  • 1 lot hanya SEORANG PENERIMA SAHAJA (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja

Pekekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasa milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan di buat

Cara Membuat Permohonan Bantuan Tunai BMT

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan Tunai:

  • Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 Sehingga 15 September 2023
  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada

Dokumen Yang Diperlukan

Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi

  • Kad pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Geran asal tanah dan salinan; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  • Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

Pekebun Kecil di bawah Agensi

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  • Surat pengesahan daripada Agensi
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Untuk membuat semakan permohonan, anda boleh melayari Portal Pekebun Kecil RISDA

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) pada talian 03-4256 4022

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

FAQ BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

1. Siapakah yang layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dilaksanakan oleh RISDA?

Penerima yang layak menerima BMT adalah pekebun kecil getah dan seorang pekebun kecil getah hanya layak untuk menerima bantuan ini sekali sahaja.

Syarat-syarat kelayakan BMT seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik.
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja.
  • Seorang Pekebun Kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

2.Berapakah kadar bantuan BMT 2023 yang dilaksanakan oleh RISDA?

Kadar bantuan adalah RM800 dan bayaran secara 4 peringkat (RM200 x 4 bulan) pada bulan (November & Disember 2023) & (Januari & Februari 2024).

3.Apakah yang dimaksudkan dengan Pekebun Kecil Getah Pemilik Pengusaha dalam skop bantuan ini?

Pekebun kecil getah Pemilik Pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

4.Apakah yang dimaksudkan dengan Penoreh Bukan Pemilik?

Penoreh Bukan Pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

5.Apakah yang dimaksudkan dengan Pemilik Tanah Yang Sah?

Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau Pemegang Amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan.

6.Apakah yang dimaksudkan dengan “Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA”?

  • Pekebun kecil yang mempunyai Kad PengenalanPekebun Kecil (SIC) atau tersenarai di dalamSistem e SPEK atau Sistem Maklumat Bersepadu (SMB) atau dalam Faharasat Lot (TS17A).
  • Bagi Penoreh Bukan Pemilik yang tiada di dalam senarai Perkara (i) di atas, pengisian Borang BMT dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
  • Bagi pekebun kecil Pemilik Pengusaha di bawah Agensi lain, pengisian Borang BMT (Pemilik) beserta surat pengesahan daripada Agensi dibawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu Lembaga Getah Malaysia (LGM), Jabatan Pertanian Sarawak (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), FELCRA dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan.

7.Berapakah jumlah maksimum keluasan tanah bagi pekebun kecil yang ingin memohon bantuan BMT?

Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.

8.Bolehkah pekebun kecil getah yang berkongsi tanah dalam satu geran memohon BMT?

Satu lot hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama.

9.Bolehkah Pemilik Pengusaha dan Penoreh Bukan Pemilik mendapat bantuan ini bagi satu lot yang sama?

Hanya seorang penerima sahaja yang layakmenerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.

10.Bagaimanakah cara membuat semakan Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2023 (BMT 2023)?

Pekebun kecil boleh membuat semakan kelayakan penerima bantuan melalui Portal Pekebun Kecil RISDA

11.Bagaimanakah cara membuat permohonan baru Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?

  • Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 Sehingga 15 September 2023
  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada

Dokumen Yang Diperlukan

Pekebun Kecil yang bukan di bawah mana-mana Agensi

  • Kad pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Geran asal tanah dan salinan; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  • Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

Pekebun Kecil di bawah Agensi

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  • Surat pengesahan daripada Agensi
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

12.Adakah setiap permohonan dari pekebun kecil getah dikira sebagai layak mendapat BMT?

Setiap permohonan dari pekebun kecil getah yang memenuhi syarat akan disenaraikan untuk menerima bantuan BMT seterusnya.

13.Bagaimanakah caranya pekebun kecil getah di bawah Agensi selain dari RISDA membuat permohonan BMT 2023?

Bagi pekebun kecil di bawah Agensi lain, permohonan boleh dibuat di Pejabat Agensi yang berkenaan untuk diproses seperti :

  • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • FELCRA
  • KESEDAR
  • KETENGAH
  • Dan lain-lain sumber Agensi/Jabatan