Anda mempunyai saudara-mara yang berstatus warga emas dan berumur 60 tahun dan ke atas? Kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada membuka bantuan khas untuk warga emas sebanyak RM500 sebulan. Tujuan bantun ini adalah untuk memberikan kehidupan yang lebih sejahtera kepada warga emas disamping membantu membina kelangsungan hidup dalam komuniti.
Oleh itu, jika anda kenal saudara-mara yang berada dalam status golongan emas, marilah bantu dan sebarkan info maklumat ini kepada mereka.
Sila teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan bantuan ini di bawah:-
MAKLUMAT BANTUAN
KADAR BANTUAN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata
- Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
CARA PEMOHONAN
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
- Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :-
- Layari laman web ebantuanJKM (http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp)
- Klik Daftar Permohonan atas Talian
- Masukkan no kad pengenalan
- Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
- Hantar permohonan.
- Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;-
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
MAKLUMAT LANJUT
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan kepada anda.
Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak