Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan : Cara Mohon Serta Syarat Kelayakan
Bantuan warga emas RM500 sebulan masih diteruskan untuk tahun 2024. Untuk pengetahun anda, inisiatif ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Berikut dikongsikan maklumat penuh mengenai inisiatif ini.
Bantuan Warga Emas RM500
Bantuan Warga Emas RM500 ini diberikan bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka.
TENGAH TRENDING:—————————
- Jadual Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bagi Bulan Ogos 2024
- Pemegang Lesen B1 Dan B2 Lebih 10 Tahun Boleh Mohon Lesen B Penuh Bermula 1 Oktober
———————————————————
Ikuti Group Whatsapp Kami Untuk Mendapatkan Info Terkini Bantuan 2024.
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Warga Emas RM500
Mereka yang ingin membuat permohonan Bantuan Warga Emas RM500 haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:
- Pemohon adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia
- Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmaran secara percuma
- Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
NOTA: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan
Cara Membuat Permohonan Bantuan Warga Emas RM500s
Cara permohonan Bantuan Warga Emas RM500 adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
INFO: Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut dalam membuat permohonan Bantuan Warga Emas RM500, anda boleh menghubungi JKm di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.
Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak
Soalan Lazim (FAQ)
Adahkah kes yang telah diluluskan sebelum 1 Julai 2018 boleh diteruskan atau ditamatkan?
Mengikut Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018, kes tersebut boleh diteruskan sehingga tamat tempoh kelulusan bantuan dan kaji semula berikutnya akan menggunakan kriteria kelayakan Garis Panduan baharu.
Adakah penggunaan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa berubah sekiranya PGK baharu dikeluarkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi (UPE), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi?
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Semasa akan berubah mengikut PGK baharu yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Adakah bantuan kewangan JKM layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR)?
Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR).
Adakah bantuan kewangan JKM boleh dipertimbangkan kepada keluarga/ penjaga yang mempunyai anak yang masih belum disahkan status kewarganegaraan?
Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada keluarga/ penjaga sehinggalah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan status kewarganegaraan kanak-kanak tersebut kecuali Bantuan Anak Pelihara yang tertakluk kepada punca kuasa pemeliharaan adalah dari Program Anak Pelihara JKM dan Akta Kanak-Kanak 2001.
Apakah definisi Komuniti Rentan?
Komuniti Rentan adalah merujuk kepada sekumpulan orang yang memerlukan (people in need) tinggal bersama-sama di sesuatu kawasan saling berinteraksi, berkongsi kemudahan serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan hidup serta mempunyai masalah, kepentingan dan matlamat yang sama.
Terdapat beberapa buah keluarga yang tinggal bersama-sama. Adakah keluarga tersebut layak memohon satu inisiatif daripada JKM untuk semua isi rumah atau setiap keluarga boleh memohon bantuan secara berasingan?
Setiap keluarga boleh memohon secara berasingan. Pengiraan bilangan keluarga adalah mengikut bilangan Ketua Isi Rumah. Bantuan boleh diberi berdasarkan kepada keluarga atau individu mengikut skim bantuan yang ditetapkan sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
Adakah warga emas gelandangan yang tiada alamat rumah/ menggunakan alamat rumah transit/ alamat orang lain layak dipertimbangkan Bantuan RM500 Warga Emas (BWE)?
Tidak layak bagi pemohon yang tidak mempunyai alamat rumah dan menggunakan alamat rumah transit atau alamat orang lain. Setiap pemohon perlu membuktikan di mana pemohon tinggal sebelum permohonan diproses ataupun diluluskan.
Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan RM500 Warga Emas (BWE)?
Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan warga emas tersebut terus tinggal dalam komuniti.
Adakah setiap ahli isi rumah juga perlu mengemukakan pengesahan pendapatan masing-masing bagi setiap permohonan bantuan?
Pemohon inisiatif sahaja yang perlu mengemukakan pengesahan pendapatannya manakala maklumat pendapatan ahli isi rumah lain dibuat berdasarkan siasatan.
Adakah wang perbelanjaan yang diberikan oleh anak adalah termasuk dalam PGK Isi Rumah Semasa?
PGK Isi Rumah Semasa mengambil kira semua sumber yang mendatangkan pendapatan.
Adakah warga emas yang mengalami masalah pendengaran disebabkan faktor usia boleh memohon Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)?
BAT boleh dipertimbangkan tetapi perlu diteliti dari segi keperluan dengan justifikasi yang kukuh.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.