Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, dalam masa terdekat ini kerajaan dijangka akan mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat yang terkesan disebabkan COVID-19.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam perkongsian ringkas di laman facebook beliau.
“Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InSyaAllah.
Dalam perkembangan yang lain, kerajaan mengekalkan pemberian rebat tarif elektrik sebanyak 2 sen/ kWj dan kepada pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasara berkata, dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan menerima purata diskaun bil elektrik sebanyak lima peratus dalam tempoh tersebut.
Jelasnya lagi kerajaan juga bersetuju memberi diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik bagi tempoh Julai sehingga September 2021 untuk Semenanjung dan Sabah.
Perkara ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semua jenis bantuan pakej COVID-10 berskala besar akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada hari ini isnin atau esok selasa.
Apa pun sama-sama kita tunggu pengumumannya. Semoga memberi manfaat kepada rakyat marhaen.