Biodata Alif Teega : Seorang Pempengaruh, Usahawan, Penulis Novel & Pendakwah Selebriti

Biodata Alif Teega : Seorang Pempengaruh, Usahawan, Penulis Novel & Pendakwah Selebriti

Selepas gosip perkahwinannya yang kedua di Thailand reda, kini Nama Alif Teega diperkatakan semula selepas tular di Facebook Psuedoscience Watch (PW) atau PW Community yang mendakwa pasangan pempengaruh tersebut menyalahgunakan saluran kutipan derma atau tujuan peribadi.

Berikut kami kongsikan kepada anda agar anda mengenali dengan lebih rapat terhadap individu yang cukup dikenali ramai, Alif Teega.

Biodata Alif Teega : Seorang Pempengaruh & Pendakwah Selebriti
Sumber Foto : Google

Biodata Alif Teega (Latar Belakang)

NamaMohd Hazalif Bin Mohd Hazani
Nama GelaranAlif Teega
Tarikh Lahir22 Januari 1994
Tempat LahirLeeds, United Kingdom
PekerjaanPenulis novel, usahawan, pempengaruh dan pendakwah
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat (UM)
Nama JenamaHijanah Haul & Hijanah Books
Akaun Media SosialInstagram @alifteega
Facebook @alifteega
Twitter @mhazalif
Tiktok @alifteega

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Kehidupan Peribadi

Alif Teega merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik dan merupakan anak kepadangan pasangan Hazani Hashim (Bapa) dan Norrana (Ibu).

Beliau dilahirkan di Leeds, United Kingdom iaitu tempat bapanya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Kemudian pada usianya enam tahun, mereka sekeluarga berpindah semula ke Kuala Lumpur.

Alif merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Arab Tahfiz yang sekarang ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Islam Al Ikram. Beliau juga mempunyai Diploma Syariah Undang-Undang (KUIS) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat (UM).

Ketika menuntut di universiti, Alif telah berkahwin dengan pilihan hatinya, seorang usahawan, penulis dan pendakwah selebriti iaitu Aisyah Hijanah pada tahun 2017.

Di awal tahun 2022, pasangan ini mengadakan majlis persandingan mereka kerana tidak berkesempatan melaksanakannya sewaktu pernikahan dulu.

Biodata Alif Teega : Seorang Pempengaruh & Pendakwah Selebriti
Sumber Foto : Aisyah Hijanah

Hasil perkahwinan enam tahun tersebut, Alif dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammas Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

Biodata Alif Teega : Seorang Pempengaruh & Pendakwah Selebriti
Sumber Foto : Aisyah Hijanah

Pada 18 November 2023 yang lalu, Alif Teega sah bergelar suami buat kali kedua apabila menikahi Fatin Umaidah di Thailand

Biodata Alif Teega : Seorang Pempengaruh & Pendakwah Selebriti
Sumber Foto : Aisyah Hijanah

Kerjaya & Profesional

Alif Teega merupakan pengasas dan CEO kepada syarikat Alif Enterprise yang merupakan sebuah syarikat dalam menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai urusan seperti pemasaran digital, penjenamaan, pengurusan acara dan juga pendidikan dalam talian.

Beliau juga terkenal sebagai seorang pempengaruh dan pendakwah selebriti muda yang sering memberi kata-kata motivasi menerusi perkongsian beliau di media sosial. Selain itu beliau juga dikenali kerana aktif berdakwah dan hampir seluruh IPT dan IPTS pernah dihadiri beliau.

Beliau juga pernah mengacarakan rancangan Halal Lah di Astro Oasis pada 2018.

Kini, Alif mengusahakan perniagaan bersama isterinya iaitu Hijahah Haul dan Hijanah Books.

Pencapaian Alif Teega

Alif berjaya menulis beberapa karya novel bersama isterinya, Aisyah Hijanah. Antara karya mereka:

  • Biar Ku Lindung Mendungmu
  • Selama Nafasku Berhembus
  • Letters From My Heart
  • Letters From My Heart Volume 2
  • Letters From My Heart Volume 3
  • Lembaran Cinta Dari Hati
Pencapaian Alif Teega
Pencapaian Alif Teega
Pencapaian Alif Teega
Pencapaian Alif Teega

Info Menarik Berkaitan Alif Teega

  • Beliau pernah menyatakan telah terkena sihir pemisah selepas mendapat perubatan Islam.
  • Netizen menggelarnya sebagai “Larva Kuning
  • Beliau pernah bekerja sebagai waiter dan pemandu grab untuk menampung hidup ketika zaman universiti
  • Nama “Teega” diambil daripada nama kumpulan dakwah yang pernah disertai beliau sendiri. Dua lagi ahli daripada kumpulan tersebut adalah Muhammad Dhirar Zainal Abidin dan Irman Bahruddin Erafarn
  • Memasang niat untuk berkahwin muda sejak berumur 19 tahun lagi.

SUMBER: Instagram Aliff Teega & Oh My Media

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment