Semakan permohonan BKM telah dibuka bermula hari ini 28 Mac 2022 sekaligus pembayaran BKM mula disalurkan secara berperingkat kepada mereka yang layak.
Ramai yang tertanya-tanya sebab dan kenapa mereka tidak lulus permohonan BKM. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda sebab dan alasan kenapa tidak lulus BKM dan cara-cara untuk membuat rayuan BKM
Tidak Lulus BKM? Ini Sebab & Alasannya
Jika anda telah membuat semakan status BKM dan mendapati anda tidak lulus, akan dipaparkan alasan tidak lulus melalui KOD TIDAK LULUS BKM seperti berikut:
06 – Pemohon tidak melepasi syarat bagi kategori bujang
05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
Kod tidak lulus BKM – RUJUK SINI
Tarikh Permohonan Rayuan BKM
Jangan risau, bagi mereka yang tidak lulus BKM anda boleh mengemukakan rayuan permohonan secara atas talian bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022 manakala permohonan rayuan secara manual bermula 9 Mei 2022 sehingga 2 jun 2022.
Cara Membuat Permohonan Rayuan BKM Secara Online:
- Berikut dikongsikan cara untuk membuat rayuan BKM:
- Layari portal BKM di
- Klik pada ikon “Rayuan” (bermula 2 mei 2022)
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang carian
- Ikuti langkah berikutnya dan lengkapkan borang sehingga selesai
- Kemukakan dokumen sokongan sebagai bukti / tindakan terhadap kod alasan tidak lulus BKM
Cara Membuat Permohonan Rayuan BKM Secara Manual:
Dengan menghantar borang rayuan ke cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran. (Borang rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia, bolehlah menghubungi:
Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566
Atau hadir ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PJH LHDNM / UTC LHDNM