Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0 merupakan bantuan untuk memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan.
Bagi mereka yang layak, bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM10,000 untuk perniagaan aktif di Sarawak yang berdaftar dengan PERKESO setakat 31 Disember 2020.
Bantuan Khas Kewangan ini dibayar sebanyak dua peringkat, iaitu RM5,000 untuk bulan Oktober dan RM5,000 bermula disember 2021.
Untuk pengetahuan anda, pendaftaran bagi fasa 1 BKSS 7.0 akan bermula esok. Kami kongsikan maklumat terkini BKSS 7.0.
3 Fokus Utama BKSS 7.0
3 fokus utama bantuan BKSS 7.0 adalah:
- Bantuan Khas Kewangan One-Off Berjumlah RM10,000 kepada perniagaan aktif yang berdaftar dengan SOCSO
- Pelonggaran polisi perolehan kerajaan akibat pandemik COVID-19
- Pembaharuan permit pekerja asing untuk sektor pertanian, perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan.
Bantuan RM10,000 One-Off Untuk Peniaga
Dapat memberi bantuan kewangan Sebanyak RM10 ribu ringgit secara one-off untuk perniagaan aktif yang telah berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Setakat 31 Disember 2021 lebih kurang 40 ribu perniagaan yang melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa serta upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Syarat Kelayakan
Perniagaan aktif yang telah berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2020.
Tarikh Pembayaran BKSS 7.0
Bayaran bantuan sebanyak RM5000 akan mula diagihkan pada bulan Oktober serta baki RM5000 pada Disember 2021.
Fasa 1: RM5000 Oktober 2021
Fasa 2: Baki bayaran RM5000 akan dibayar pada bulan Disember
Bantuan akan didepostikan terus ke akaun rasmi bank syarikat yang berdaftar dengan PERKESO.
Semakan Kelayakan PKS Sarawak
Kerajaan Sarawak akan memaklumkan kepada PKS yang layak menerima inisiatif One-Off RM10,000 BKSS 7.0 melalui surat-menyurat kepada alamat yang berdaftar yang telah dikemukakan oleh pihak PERKESO.
Ini contoh surat yang anda terima sekiranya PKS anda layak untuk menerima bantuan.
- Anda perlu untuk melayari laman web rasmi kerajaan Sarawak https://sarawak.gov.my/ bermula 7 Oktober 2021.
- Kemudian, muat naik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam surat seperti di atas.
- Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.
Tarikh Akhir Permohonan
Anda perlu untuk melengkapkan dokumen portal https://sarawak.gov.my/ sebelum 22 Oktober 2021.
Maklumat Lanjut
Layari web rasmi Sarawak untuk sebarang rujukan lanjut di pautan https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/