BPR FASA 2 & 3: Semakan Baki Bayaran BPR Bujang & Isi Rumah

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1 telah pun selesai. Bagi BPR Fasa 2 dan 3, berapa pula bayaran yang akan diterima? Artikel blogrojak kali ini akan berkongsi berkenaan cara semakan baki bagi bayaran BPR Fasa 2 dan 3.

SEMAKAN KADAR BAKI BAYARAN BPR MENGIKUT FASA


Bagi yang lulus permohonan, bayaran BPR dijangka akan dibuat dalam 3 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Februari 2021
  • Fasa 2 – Mei 2021
  • Fasa 3 – September 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan yakni:

BUJANG BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500

  • 21 tahun ke atas RM350

ISI RUMAH BERPENDAPATAN BAWAH RM2,500

  • 1 orang anak RM1,200 (Baki RM900)
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800 (Baki RM1,500)

ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM2,001 – RM4,000

  • 1 orang anak RM800 (Baki RM500)
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200 (Baki RM900)

ISI RUMAH BERPENDAPATAN ANTARA RM4,001 – RM5,000

  • 1 orang anak RM500 (Baki RM200)
  • 2 orang anak atau lebih RM750 (Baki RM450)

Telah dibayar RM300, baki bagi pembayaran Fasa 2 dan 3 ini dibahagikan secara sama rata.

SOALAN LAZIM

Bila duit BPR dikreditkan ke akaun bank?

  • Dijangka awal bulan Mei 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

1 thought on “BPR FASA 2 & 3: Semakan Baki Bayaran BPR Bujang & Isi Rumah”

  1. Semua bantuan saya tak dapat buat masa ni, saya rasa tak adil dan amat menyusah kan, dah 4kali saya update satu apa pun tak dapat, memang sungguh2 adil.

Comments are closed.