Anda pasti pernah mengalami situasi di mana bila nak masak baru terfikir untuk keluarkan daging dari freezer kan? Kalau nak tunggu cairkan dengan keluarkan dan tunggu, memang makan masa sehingga 2-6 jam. Banyak masa telah terbuang.
Dan ada juga cara untuk cairkan daging dengan cepat tapi daging tu jadi rosak pula. Contohnya cairkan melalui fungsi defrost menggunakan mesin microwave. Daging bukan sahaja cair, malahan masak terus bila menggunakan microwave. Mesti ramai yang pernah mengalaminya kan?
3 Cara Cairkan Daging Dengan Cepat
Berikut adalah cara cairkan daging beku dengan cepat dan selamat :
1. Gunakan alat khas cairkan daging
Zaman sekarang ni semakin canggih, setiap masalah yang kita hadapi pasti ada alat yang dapat menyelesaikan masalah kita termasuklah mencairkan daging.
Terdapat sebuah alat di pasaran yang dapat mencairkan daging beku dengan cepat. Alat tersebut boleh didapati di sini. : Defrost Box RM 22.80
Alat ini menggunakan kaedah angin yang ditiupkan secara berterusan ke atas permukaan daging yang beku tersebut. Dan yang menariknya, alat ini juga dilengkapi dengan sinaran UV yang dapat membunuh bakteria.
Setiap suri rumah wajib untuk memiliki alat ini. Memudahkan kerja dan menjimatkan kerja anda di dapur. Dapatkan segera! Defrost Box RM 22.80
2. Alirkan air ke atas daging
Masukkan daging anda ke dalam sebuah bekas atau container yang boleh menenggelamkan daging anda sepenuhnya dalam air. Kemudian, buka air secara perlahan untuk biarkan air terus mengalir ke dalam bekas.
Ini akan memastikan suhu air sentiasa tinggi berbanding suhu daging beku seterusnya mempercepatkan lagi proses pencairan daging beku tersebut.
Kesilapan yang selalu orang buat adalah mereka hanya merendam daging tersebut dan membiarkan selama berjam-jam tanpa mengalirkan air ke atas daging. Ini bukan sahaja mengambil masa yang lama, bahkan bakteria juga boleh membiak dalam daging tersebut. Ianya akan mengakibatkan daging menjadi buruk dan juga keracunan makanan.
SEDANG TRENDING ========
Cara Mendaftar PADU
3. Letakkan Periuk Logam di Atas Daging
Mesti ada yang tak pernah dengan cara ni kan? Ini merupakan petua mak-mak kita dahulukala untuk mencarikan daging dengan cepat. Namun, cara ini ada penjelasan saintifiknya.
Caranya sangatlah mudah. Anda hanya perlukan dua bahan sahaja iaitu :
- Periuk logam – sama ada terbuat dari aluminum ataupun stainless steel pun boleh.
- Air Paip
Letakkan periuk logam terus ke atas daging anda yang masih beku tersebut dan isi air paip ke dalam periuk tersebut.
Anda tidak perlu isi air panas, memadai dengan air suhu biasa sahaja. Dalam tempoh 30 minit, daging anda pasti akan cair dan sudah boleh dimasak. Namun, apa penjelasan saintifiknya?
Teknik menggunapakai sama seperti heatsink yang ada pada alat elektronik seperti telefon, komputer, dan juga tv. Heatsink digunakan sebagai satu medium untuk memindahkan haba. Suhu yang lebih panas akan diserap pada pemukaan yang lebih sejuk.
Penting : Sila gunakan 3 cara diatas bila dalam keadaan kecemasan sahaja.
Diharap dengan perkongsian pada kali ini dapat membantu kaum ibu khususnya untuk mudahkan kerja memasak juadah terutama pada hari Raya nanti.
Cairkan Daging Semalaman
Tak dinafikan cara untuk mencairkan daging yang paling mudah dan selamat adalah dengan meletakkan daging beku ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya semalaman sebelum daging tersebut dimasak. Dengan cara ini, daging tersebut tidak buruk dan semestinya cair sepenuhnya.
Anda juga boleh menggunakan teknik perap terus sebaik sahaja membeli daging. Dengan cara ini daging akan lebih tahan lama dan terus boleh dimasak walaupun belum dicairkan. Ini kerana daging sudah pun bersih dicuci dan tinggal dimasak.
Mengguna pakai konsep seperti daging beku perap yang banyak dijual di pasaran. Daging pun akan lebih berasa jika menggunakan teknik ini.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.