Cara Mudah Isi & Kemaskini EFiling LHDNM Taksiran 2023

Tarikh Akhir Kemaskini EFiling LHDNM 2023 Dilanjut Hingga 15 Julai 2024 Ini

Tarikh akhir pengemukaan borang nyata tahun taksiran 2023 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan dilanjut hingga 15 Julai, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kenyataan LHDN pada Jumaat memaklumkan ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin yang menjalankan perniagaan, Perkongsian, Individu Pemastautin (pekerja berpengetahuan /berkepakaran /bukan warganegara memegang jawatan utama) dan Individu Bukan Pemastautin.

Menurut LHDN, pelanjutan turut melibatkan Individu Bukan Pemastautin (pekerja berpengetahuan), Pertubuhan dan Harta Pusaka.

Tarikh Akhir Kemaskini EFiling LHDNM 2023 Dilanjut Hingga 15 Julai 2024 Ini
Tarikh Akhir Kemaskini EFiling LHDNM 2023 Dilanjut Hingga 15 Julai 2024 Ini

Baca Juga :
Jabatan Perangkaan Malaysia : 137 Kekosongan Ambilan Julai 2024

Kemaskini EFiling LHDNM Anda Segera!

Untuk bantuan e-wallet Madani RM100, permohonan akan terus dibuka sehingga 4 Februari 2024 dan anda mempunyai waktu yang panjang untuk terus membuat permohonan.

Ianya juga memberi ruang untuk kemaskini E-Filing anda sebelum membuat permohonan e-wallet Madani, atau mendaftar baru bagi yang belum pernah melakukan pengisian maklumat percukaian diri.

Berikut adalah cara untuk mendaftar percukaian dan kemaskini EFiling LHDNM

  1. Untuk yang belum pernah mendaftar, sila buat semakan terlebih dahulu di https://mytax.hasil.gov.my dan tekan pada e-daftar untuk mendapatkan nombor percukaian anda.
kemaskini e-filing lhdn

2. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk semak nombor cukai sama ada sudah ada ataupun belum. Sekiranya belum ada nombor cukai, maka anda perlulah mendaftar.

3. Kemudian pergi semula ke laman utama, masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan Hantar.

4. Seterusnya akan keluar makluman seperti dalam gambar dibawah bagi yang belum pernah mengisi sistem MyTax. Terdapat dua kaedah untuk memohon akses iaitu :

  • e-CP55D – Perlukan emel, salinan IC depan belakang berwarna
  • e-KYC – Selfie wajah anda, gambar IC

Maklumat Tambahan :

  • e-CP55D : selepas upload salinan IC berwarna, pihak LHDN akan menghantar sebuah link URL ke emel anda. Link tersebut adalah pengaktifan nombor pin. Tekan link tersebut, kemudian tetapkan password anda.
  • e-KYC : kaedah ini pula anda perlu memakai telefon pintar. Anda perlu memuat turun aplikasi MyTax. Anda akan diminta untuk mengambil selfie wajah, kemudian akan keluar paparan untuk penetapan password.

5. Sesudah selesai penetapan password, barulah anda boleh mendaftar masuk ke dalam sistem MyTax dan mengemaskini EFiling LHDNM anda.

6. Untuk membuat akuan cukai, anda akan memerlukan maklumat dan penyata gaji anda. Semua dokumen ini anda perlu dapatkan daripada majikan anda.

Penting : terdapat dua jenis borang untuk penyata gaji iaitu

  • Borang EA – Pekerja Swasta
  • Borang EC – Kakitangan Kerajaan

Dalam borang ini terdapat maklumat penuh tentang gaji anda termasuklah bonus, elaun dan lain-lain. Jadi pastikan minta borang EA/EC daripada majikan anda untuk meneruskan kemaskini E-Filing di MyTax LHDN.

7. Pergi ke bahagian Perkhidmatan ezHasil, dan cari e-Filing. Kemudian tekan e-Borang. Seterusnya tekan e-BE dan pilih tahun taksiran yang anda mahu. Isi maklumat percukaian dengan lengkap dan telus.

kemaskini e-filing lhdn

8. Dalam pengisian borang e-BE itu nanti, akan ada bahagian untuk anda menuntut perlepasan cukai. Dan untuk menuntut perlepasan cukai ini, anda perlu ada resit fizikal pembayaran sebagai bukti.

9. Setelah selesai membuat kemaskini E-Filing pada borang e-BE, pergi ke bahagian Rumusan. Di sana akan dipaparkan berapa jumlah pendapatan yang dikenakan cukai dan tidak dicukai.

10. Untuk proses kemaskini E-Filing tahun hadapan juga sama. Anda cuma perlu ulang langkah-langkah yang sudah diterangkan di atas dengan tertib.

Sila kongsi artikel ini dengan rakan dan keluarga anda untuk mereka kemaskini E-Filing dengan segera.

Mengapa Tuntutan eMadani Tidak Berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntutan anda tidak berjaya:

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Apa itu EFiling LHDNM?

e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan LHDNM secara elektronik melalui laman web rasmi MyTax

Kemaskini EFiling LHDNM wajib?

Adalah digalakkan kepada pembayar cukai menggunakan e-Filing kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat

Berapa gaji baru kena cukai?

Pihak LHDN akan kirakan gaji anda dengan pembahagian mengikut kategori :

Bila perlu kemaskini EFiling LHDNM 2023?

Kemaskini E-Filing telah dibuka pun dibuka bermula April lalu sehingga tarikh 15 Julai 2024