Cara Memohon Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tahukan anda? Jabatan Kebajikan Masyarakat ada membuka satu inisiatif bagi membantu mereka yang tidak berupaya untuk memohon bantuan alat tiruan/alat sokongan. Bantuan ini bertujuan untuk Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan serta membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.  

Oleh itu kepada mereka yang memerlukan, anda bolehlah meneliti maklumat, syarat-syarat serta cara permohonan bantuan ini di bawah:- 

MAKLUMAT BANTUAN

Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;   ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.


JENIS ATAU ALAT PERALATAN SOKONGAN

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat

CARA MEMOHON

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
SECARA MANUAL
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :- 

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:- 
BORANG YANG BERKAITAN :-

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

SECARA TALIAN/ONLINE
 
Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :- 

  • Klik Daftar Permohonan atas Talian 
  • Masukkan no kad pengenalan 
  • Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
  • Hantar permohonan. 
Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;- 

  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

Kegagalan anda untuk datang, akan mengakibatkan permohonan anda dibatalkan serta merta. 
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:- 
Alamat: 

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.


No. Tel: 03 – 8000 8000
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 
Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.