Cara memohon Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar RM500 sebulan

Jika anda mempunyai saudara mara yang memerlukan bantuan penjagaan OKU terlantar mahupun pesakit kronik terlantar, usah risau kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ada memberikan bantuan sebanyak RM500 sebulan bagi meringankan beban perubatan serta keperluan asas lain. Permohonan ini terbuka pada warganegara/pemastautin Malaysia yang berkelayakan. 

Oleh itu, mari teliti maklumat, syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan bagi bantuan ini. 

NAMA BANTUAN

Bantuan Penjagaan OKU & Pesakit Kronik Terlantar

KADAR BANTUAN

RM500 sebulan

TUJUAN BANTUAN

  • Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
  • Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
SECARA MANUAL
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :- 

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:- 
SECARA TALIAN
Untuk mereka yang ingin membuat permohonan secara talian, anda bolehlah melayari laman web tersebut :- 

  • Klik Daftar Permohonan atas Talian 
  • Masukkan no kad pengenalan 
  • Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
  • Hantar permohonan. 
  • Dalam tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan;- 
  • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
Kegagalan anda untuk datang, akan mengakibatkan permohonan anda dibatalkan serta merta. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-
Alamat: Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

No. Tel: 03 – 8000 8000
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. 
Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda yang memerlukan.