Cara memohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) 2021. Khas untuk golongan B40

 

Berita gembira untuk golongan B40, kini kerajaan Malaysia telah membuka satu inisiatif untuk golongan B40 menyewa/memiliki rumah sendiri dengan berfungsi sebagai gerbang One Stop Centre bagi individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara. 

Oleh itu, bagi mereka yang masih belum mempunyai tempat tinggal dan ingin memohon salah satu program perumahan di bawah seliaan ini, anda bolehlah meneliti maklumat-maklumat, syarat-syarat serta cara permohonan di bawah. 

LATAR BELAKANG

Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. 

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).


KADAR SEWA

 RM124.00 sebulan

CIRI-CIRI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:-
  1. Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  2. Surau/Ruang Solat
  3. Gerai Makan/Ruang Niaga
  4. Tadika
  5. Kemudahan OKU
  6. Taman Permainan/Kawasan Lapang
  7. Rumah Sampah


Contoh Rumah PPR. Sumber: PropertyGuru


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PPR

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

CARA MEMOHON PPR 

Untuk memohon Projek Perumahan Rakyat, anda bolehlah mengemukakan permohonan melalui talian online sahaja. Permohonan manual adalah tidak diterima buat masa sekarang.

Berikut merupakan cara-cara memohon PPR di portal TEDUH:- 

  • Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda. 
  • Selepas memasukkan maklumat, anda perlu log in ke di portal SPRN tersebut. 
  • Pilih Skim mengikut kelayakan anda. 
  • Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih. 
  • Pilih Projek (PPR) 
  • Muat naik dokumen sokongan yang diminta. 
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan anda. 
  • Semoga berjaya!

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai program Projek Perumahan Rakyat, anda bolehlah menghubungi nombor yang tertera di bawah:- 


Pertanyaan Program :
Skim PPR :

03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak) dan
03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)


Teknikal / Masalah Sistem :
Tel: 03-8891 4475
Email: teduh@kpkt.gov.my

Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta :
Tel: 03-8891 4200


Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian anda untuk memiliki rumah yang lebih selesa.  Terus berusaha dan maju jaya!

Sila sebarkan maklumat ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak