Skim Perantisan Nasional (SPN) merupakan sebuah inisiatif dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khusus untuk belia yang berumur 30 tahun dan ke bawah. Skim ini memberi peluang kepada belia yang tidak mempunyai pekerjaan atau menganggur bagi mendapatkan latihan dan pekerjaan serta gaji melebih RM1,200.
Untuk makluman, SPN adalah skim perantisan yang dilaksanakan di bawah KBS dengan kerjasama kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia bersama agensi-agensi di bawah ketiga-tiga kementerian tersebut.
Belia yang layak dan berjaya menyertai SPN ini bakal menerima 3 manfaat iaitu:
- Menyertai latihan bagi meningkat kebolehpasaran
- Peluang untuk diserap terus dalam pekerjaan
- Memperoleh gaji sebanyak RM 1,200 ke atas
Syarat Permohonan SPN
Belia yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:
- Belia tersebut mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.
- Belia tersebut mestilah lepasan sekolah/graduan yang mengganggur/tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
- Tidak diisytiharkan bankrap.
- Belia tersebut sanggup mengikuti program secara sepenuh masa.
Cara Permohonan SPN
Untuk membuat permohonan SPN, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Klik pada pautan berikut : mohon disini
- Klik butang ‘Permohonan.’
- Isi maklumat diri dengan betul dan klik butang seterusnya.
- Muat naik dokumen yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:
- Gambar berukuran passport (jpeg, jpg dan png)
- Resume yang terkini (doc dan pdf)
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai SPN, sila berhubung dengan Sekretariat SPN di talian 03-8871 3265 atau menghantar email ke spn@kbs.gov.my atau spn@kbs.gov.my.