Cara Mencarum KWSP Sendiri

Tahukah anda? Kini anda boleh mencarum KWSP sendiri walaupun anda tidak bekerja ataupun bekerja sendiri.   Berikut kami kongsikan cara untuk mencarum.

Tahukah anda? Kini anda boleh mencarum KWSP sendiri walaupun anda tidak bekerja ataupun bekerja sendiri. 

Berikut kami kongsikan cara untuk mencarum.

Cara Mencarum KWSP Melalui Maybank2U

Sebelum memohon, pastikan anda mempunyai butiran berikut:

  1. No. Ahli KWSP, Nombor Kad Pengenalan dan Nama Penuh
  2. Mempunyai Maybank2U
  3. Mempunyai baki dalam akaun (tiada jumlah minimum, had maksimum adalah RM60,000 Setahun)

Berikut adalah cara untuk mencarum melalui melalui Maybank2U:


  • Klik pada tab “Pay” dan pilih untuk bayar kepada “Payee”


  • Tuliskan “EPF” dan pilih “EPF”


  • Isikan maklumat yang diperlukan seperti No. Ahli KWSP, Nama dan No. Kad Pengenalan. Kemudian pilih “Self Contribution” untuk jenis akaun


  • Untuk buatkan ianya dibayar secara bulanan, tandakan butang “Set Recurring” dan klik “Pay”

Pastikan semua info adalah betul dan sahkan transaksi dengan Secure2u dan selesai

Begitu mudah kan? lepas ni tak perlu ke kaunter KWSP untuk membuat urusan secara manual. Maklumat lanjut mengenai i-Saraan atau caruman sendiri serta bank yang boleh buat urusan caruman KWSP boleh baca DI SINI

Sumber: mysumber.tv