Cara Mohon Bantuan Masuk Universiti RM2,000 Pelajar IPT

Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT yang dikenali sebagai BUDI secara one-off kepada anak kelahiran sabah yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Kami kongsikan maklumat terkini bantuan masuk universiti bagi anak-anak Sabah.

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT (BUDI)

BUDI adalah inisiatif kerajaan Negeri Sabah dalam membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS khususnya kepada golongan B40 dan M40.
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM2,000 secara one-off.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Oktober 2021.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN BUDI

1. Terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia yang diiktiraf kerajaan.
2. Pelajar berasal dari negeri Sabah dan umur tidak melebihi 25 tahun.
3. Ibu bapa pemohon atau penjaga adalah B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.
4. Pemohon adalah pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.
5. Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada kerajaan negeri atau institusi lain.
6. Mendapat pengesahan kemasukan di IPT pemohon.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan online boleh dibuat di laman web BUDI di https://budi.sabah.gov.my/login.php
Permohonan secara manual boleh muat turun borang DI SINI dan hantar ke:
Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah
Jalan Sulaman, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh layari https://mttk.sabah.gov.my/ atau menghubungi:
Puan Rosni Leong – 088369865
Puan Mari – 088369890 / 088369872