Cara Mohon Gantian MyKad Online Atau Melalui Telefon

Kad pengenalan merupakan dokumen peribadi kita yang paling penting dan ia adalah sebagai bukti bahawa kita adalah seorang Warganegara Malaysia. Banyak urusan-urusan rasmi yang memerlukan kita untuk menggunakan kad pengenalan. Jadi apabila kad pengenalan rosak ataupun hilang, ia akan menyusahkan sebab banyak benda tidak boleh dibuat.

Kad pengenalan merupakan dokumen peribadi kita yang paling penting dan ia adalah sebagai bukti bahawa kita adalah seorang Warganegara Malaysia. Banyak urusan-urusan rasmi yang memerlukan kita untuk menggunakan kad pengenalan. Jadi apabila kad pengenalan rosak ataupun hilang, ia akan menyusahkan sebab banyak benda tidak boleh dibuat.

Mengikut Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), setiap orang yang kehilangan kad pengenalan (MyKad) hendaklah memohon kad pengenalan gantian dengan segera.

Akan tetapi, menjadi satu kerja pula bila kena ambil nombor dan beratur lama untuk buat kad pengenalan baru di pejabat JPN. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda cara untuk gantikan kad pengenalan yang rosak atau pun hilang secara online.

Jenis Permohonan Gantian MyKad Online

Beriktu adalah jenis permohonan penggantian kad pengenalan yang boleh dilakukan secara online:

  1. Gantian kad rosak
  2. Gantian cip rosak
  3. Gantian naik taraf cip (dari 32k/64k kepada 80k)
  4. Gantian kehilangan kad (untuk kali pertama)
  5. Jika ingin tukar alamat atau gambar, anda perlu ke pejabat JPN.
Cara Mohon Gantian MyKad Online Atau Melalui Telefon


Permohonan Mykad Siap Dalam 30 Minit

Menurut JPN, permohonan gantian MyKad tidak bermasalah boleh diproses dalam tempoh 30 minit sahaja di pejabat pendaftaran yang disenaraikan.

Bagi permohonan gantian bermasalah seperti cap jari rosak dan kehilangan kali ketiga, permohonan akan diproses dalam tempoh 3 bulan.

Cara Mohon Gantian MyKad Online Atau Melalui Telefon

Cara Ganti MyKad Secara Online

Berikut dikongsikan cara untuk ganti MyKad yang rosak atau hilang secara online:

  1. Layari laman web MyGOV
  2. Daftar akaun dengan mengisi maklumat yang diminta
  3. Lepas aktifkan akaun, klik link yang akan dibagi
  4. Kemudian buat permohonan penggantian kad dan log masuk https://gantianmykad.jpn.gov.my/
  5. Di bahagian akan skrin, boleh klik bahagian ganti MyKad
  6. Baca Akuan Penafian dan klik Setuju
  7. Kemudian isikan maklumat yang diminta dengan lengkap. Anda boleh pilih jenis penggantian dan negeri tempat anda menetap
  8. Setelah selesai, semak maklumat yang telah diisi. Pastikan semua tepat dan klik pada kotan Saya Setuju dan klik Teruskan.
  9. Selepas itu, anda akan di bawa ke laman baru untuk proses pembayaran. Simpan resit sebagai rujukan
  10. Tunggu dalam sehari dua untuk permohonan diproses. Anda boleh semak melalui SMS dengan cara taip JPN MYKAD dan hantar ke 15888
  11. Apabila anda terima SMS, anda boleh pergi ke cawangan JPN yang dipilih untuk mengambil kad tersebut dan ada proses urusan cap jari.

Cara Ganti MyKad Melalui Telefon

Selain daripada melakukan penggantian MyKad secara online, anda juga boleh melakukan penggantian melalui panggilan telefon. 

Anda boleh membuat panggilan telefon ke talian hotline JPN di 03-8880 8066 pada waktu pejabat

Waktu Operasi

  1. Isnin hingga Jumaat: 8 Pagi – 5 Petang

Waktu Rehat

  1. Isnin hingga Khamis: 1 Petang – 2 Petang
  2. Jumaat: 12.15 Tengahari – 2.42 Petang
Cara Mohon Gantian MyKad Online Atau Melalui Telefon
SUMBER: mysumbertv