Cara Refund Duit Kad Touch n Go Jika Rosak, Hilang Atau Tamat Tempoh

Mesti ramai di antara kita yang masih tidak tahu cara untuk refund duit kad touch n go apabila rosak, hilang ataupun expired.  Ada kes di mana kad touch n go rosak seperti cip tidak boleh berfungsi. Dan jika tidak selalu diguna mungkin boleh tamat tempoh kerana jangka hayatnya adalah selama 10 tahun. Kebiasaannya ada baki tertinggal dalam kad dan ini cara untuk dapatkan semula baki tersebut.

Mesti ramai di antara kita yang masih tidak tahu cara untuk refund duit kad touch n go apabila rosak, hilang ataupun expired.

Ada kes di mana kad touch n go rosak seperti cip tidak boleh berfungsi. Dan jika tidak selalu diguna mungkin boleh tamat tempoh kerana jangka hayatnya adalah selama 10 tahun. Kebiasaannya ada baki tertinggal dalam kad dan ini cara untuk dapatkan semula baki tersebut.

Cara Refund Duit Kad Touch n Go Jika Rosak, Hilang Atau Expired

Berikut dikongsikan cara untuk dapatkan semula baki wang yang ada dalam kad tersebut:

Daftar Kad Touch n Go

Sebaik sahaja memiliki kad tng, terus daftar secara online dengan segera. Setelah daftar dan log in, semakan baki dan juga topup boleh dibuat. Ini kerana, proses refund atau mendapatkan semula baki memerlukan 10 nombor yang tertera di belakang kad tng tersebut.


Refund Baki Touch n Go

1. Layari portal Touch n Go dan daftar dahulu kad Tng sekiranya belum di pautan berikut

2. Setelah daftar kad tng, anda boleh menguruskan kad dengan melihat transaksi, semak e-penyata, kemas kini maklumat peribadi dan mendapatkan semula baki jika kad hilang atau rosak

3. Pembayaran e-Refund akan dikreditkan ke dalam akaun yang dipilih dengan syarat:

Pemegang Akaun Malaysia

  • Sila pastikan nama pemilik bank akaun dan ID pelanggan sama dengan butiran pemilid kad berdaftar
  • Pembayaran e-Refund ke akaun pihak ketiga tidak dibenarkan

Pemegang Akaun Asing

  • Pembayaran kepada akaun bank asing akan dibuat melalui Pindahan Telegraf (TT)
  • Sila pastikan nama pemegang akaun bank, nombor akaun bank, nama bank, alamat bank, dan swift code sama dengan pemilik kad berdaftar
  • Pembayaran e-Refund kepada pemegang akaun asing hanya buat jumlah bayaran balik melebihi RM100

Touch N Go eWallet

  • Pastikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftar di MyTouchnGo portal sama dengan butiran di akaun tng e wallet yang telah disahkan
  • Pembayaran e-Refund ke tng ewallet hanya akan buat akaun tng ewallet yang telah disahkan

4. Permohonan e-Refund kad tng akan diproses dalam tempoh masa 30 hari bermula dari tarikh penghantaran borang e-Refund oleh pelanggan

5. Untuk permohonan e-Refund bagi kad tng yang hilang mahupun dicuri, jumlah bayaran semula bagi kad adalah mengikut jumlah nilai yang direkodkan ketika tarikh permohonan e-Refund tersebut

6. Untuk bantuan selanjutnya, anda boleh hubungi salah satu daripada platform berikut:

https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/



Contoh Paparan Jumlah Baki TNG Dalam Sistem Online


Contoh Bayaran Berjaya Dikreditkan


Pembelian Kad Baharu Touch n Go

Sekiranya pengguna ingin mendapatkan semula kad tng yang baru, pengguna haruslah membeli kad yang baharu, bermaksud kad yang hilang atau rosak tersebut tidak boleh ditukar ganti kepada kad baharu. Sebaliknya pengguna perlu membuat pembeliad kad baharu dengan cara:

Beli Secara Terus Di Lokasi Tertentu

  • Pengguna boleh membeli kad baharu di stesen minyak, kedai serbaneka mahupun kiosk layan diri. Untuk senarai penuh boleh rujuk DI SINI

Beli Online di Aplikasi TnG eWallet

Pengguna juga boleh terus buat pembelian kad tng yang baharu jenis Enhanced Touch n Go Card secara online menerusi aplikasi TnG eWallet

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh rujuk pautan berikut:

SUMBER: mysumber