Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024

Tahukah anda? Kini anda boleh memperbaharui pasport secara atas talian. Jika dahulu, semua urusan perlu di buat di kaunter pejabat cawangan imigresen yang berdekatan.

Untuk pengetahuan anda, kadar tempoh bagi sebuah Passport Malaysia Antarabanga (PMA) adalah selama lima tahun. Anda juga kena pastikan jika ingin pergi ke luar negara, tempoh sah laku kena melebihi enam bulan dari tarikh pulang.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Cara Renew Passport Secara Online

Untuk renew passport secara online, Jabatan Imigresen Malaysia telah memperkenalkan sistem MyOnline Passport.

1. Layari Laman Web Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

2. Pilih Perkhidmatan Pembaharuan Passport Dalam Talian

  • Di laman utama, cara bahagian “Perkhidmatan Dalam Talian” dan pilih bahagian “Pembaharuan Passport.”
  • Ini akan membawa anda ke portal perkhidmatan yang membolehkan anda untuk memulakan proses pembaharuan pasport.

3. Log Masuk atau Daftar Akaun Baru

  • Jika anda sudah mempunyai akaun di portal Imigresen, log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Jika belum, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Proses pendaftaran adalah mudah. Anda hanya memerlukan maklumat asas seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat emel, dan nombor telefon.

4. Isi Borang Permohonan Pembaharuan Pasport

  • Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke borang permohonan pembaharuan pasport. Anda perlu mengisi borang ini dengan maklumat peribadi yang tepat, seperti:
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nama penuh seperti yang tertera di kad pengenalan
    • Alamat tempat tinggal
    • Maklumat tambahan seperti pekerjaan dan nombor telefon untuk dihubungi
  • Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses pemprosesan permohonan.

Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024

5. Muat Naik Gambar dan Dokumen Sokongan

  • Anda perlu memuat naik gambar terbaharu yang mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Gambar pasport mestilah:
    • Latar belakang berwarna putih
    • Wajah jelas dan tidak tersenyum
    • Tanpa aksesori seperti cermin mata, topi, atau penutup kepala kecuali atas sebab agama.
  • Selain itu, anda kena sediakan salinan kad pengenalan dalam bentuk digital untuk dimuat naik bersama permohonan.
Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024

6. Bayar Yuran Pembaharuan

  • Setelah melengkapkan borang permohonan dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan, anda perlu membuat pembayaran yuran pembaharuan pasport.
  • Bayaran ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah, termasuk kad kredit, kad debit, atau perbankan internet.
  • Yuran pembaharuan pasport adalah RM200 untuk tempoh lima tahun.
Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024
Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024

7. Simpan Resit Pembayaran

  • Sebaik sahaja pembayaran berjaya dilakukan, simpan dan cetak resit pembayaran sebagai bukti transaksi.
  • Ia penting sekiranya anda perlu merujuk kembali kepada proses permohonan atau jika berlaku sebarang masalah teknikal.

8. Pilih Lokasi Pengambilan Passport Baru

  • Anda perlu memilih lokasi pengambilan passport di pejabat imigresen yang anda ingini.
  • Kebiasaannya, anda akan diberi beberapa pilihan lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
  • Pastikan anda memilih pejabat yang paling sesuai untuk memudahkan urusan pengambilan.

Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024

9. Pergi ke Pejabat Imigresen untuk Pengambilan Passport

  • Selepas permohonan anda diproses dan passport baru siap, anda akan menerima notifikasi melalui emel atau SMS.
  • Pada masa ini, anda perlu pergi ke pejabat imigresen yang telah dipilih untuk mengambil passport.
  • Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan asal dan passport lama untuk proses pengesahan identiti dan pengambilan cap jari.
Cara Renew Passport Secara Online Tahun 2024

10. Proses di Pejabat Imigresen.

  • Setelah tiba di pejabat Imigresen, anda perlu mengambil nombor giliran dan menunggu sehingga anda dipanggil.
  • Pegawai Imigresen akan mengesahkan identiti anda melalui cap jari dan kad pengenalan.
  • Setelah proses pengesahan selesai, anda akan menerima passport baharu anda.

Tips Tambahan

1. Semak Tempoh Sah Laku Passport

  • Pastikan passport anda masih sah laku sekurang-sekurang enam bulan sebelum tarikh perjalanan antarabangsa, Jika tidak, anda perlu memperbaharui dengan secepat mungkin.

2. Pastikan Maklumat Tepat

  • Periksa semula maklumat yang dimasukkan semasa permohonan. Kesalahan kecil seperti ejaan nama yang salah boleh menyebabkan kelewatan dalam pemprosesan

3. Ambil Gambar Mengikut Spesifikasi

  • Pastikan gambar passport diambil di studio foto yang biasa dengan spesfikasi gambar passport Malaysia untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.