Cara Solat Tarawih Secara Bersendirian Di Rumah (8 Rakaat)

Cara Solat Tarawih Secara Bersendirian Di Rumah (8 Rakaat)

Ini adalah panduan ringkas cara Solat Tarawih secara bersendirian ketika di rumah.

Tarawih berasal daripada perkataan arab yang bermaksud berehat. Dinamakan Solat Tarawih kerana orang yang melakukan solat ini berehat setiap empat rakaat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat Solat Tarawih Bersendirian.

Cara Solat Tarawih Secara Bersendirian Di Rumah

Berikut adalah langkah solat tarawih secara bersendirian:

  • Dimulakan dengan lafas niat Solat Tarawih secara bersendirian
Cara Solat Tarawih Secara Bersendirian Di Rumah (8 Rakaat)
Sumber : AkuIslam

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

ARTIKEL BERKAITAN:—————————

———————————————————

Cara Mengerjakan Solat Tarawih Secara Bersendirian

Berikut adalah langkah melakukan solat tarawih secara bersendirian:

  • Dimulakan solat Tarawih dengan takbiratul ihram sambil membaca niat dalam hati “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Kemudian baca surah al-Fatihah yang merupakan rukun solat.
  • Seterusnya, baca surah tambahan seperti at-Takatsur atau surah pilihan lain. Lanjutkan dengan rukuk dan sujud.
  • Rakaat Kedua. Mulakan dengan takbir intiqalat, baca surah al-Fatihah, diikuti dengan surah al-Ikhlas atau surah pilihan lain, lalu rukuk dan sujud.
  • Setelah selesai dua rakaat, lakukan tahiyyat akhir dan akhiri dengan salam.
  • Ulangi langkah-langkah ini untuk setiap dua rakaat berikutnya.
  • Anda bebas memilih surah yang akan dibaca setelah al-Fatihah pada setiap rakaat.

Nota: Rukun solat sunat Tarawih adalah sama seperti rukun solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, maka ia bukanlah rukun atau syarat.

Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.

Doa Diantara Solat Tarawih

Selepas selesai 4 rakaat, disunatkan untuk membaca doa diantara solat Tarawih sebelum mengerjakan 4 rakaat terakhir, (Solat Tarawih 8 Rakaat)

Doa tersebut adalah seperti di bawah:

Cara Solat Tarawih Secara Bersendirian Di Rumah (8 Rakaat)
Sumber : AkuIslam

Maksudnya:

Dengan nama Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga kami mendapat keredhaanMu dan syurgaMu, dan kami berlindung kepadaMu dari murka dan api nerakaMu. Ya Allah, engkaulah maha pengampun yang murah hati, Maha Melindungi, jadi ampunkan kami, ibu bapa kami, dan semua muslimin dan muslimat, demi Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dari Allah kepada ketua kita Nabi Muhammad, keluarga, sahabat baginda, dan keberkatan dan kedamaiannya.

Bacaan Surah Solat Tarawih

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat Tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Namun begitu, sebagai cadangan, surah-surah berikut adalah yang biasa dibaca dalam Solat Tarawih 8 rakaat:

  • Surah at-Takatsut (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surah al-Asr (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas (rakaat kedua)
  • Surat al-Fiil (rakaat pertama) dan surah al-Ikhlas
Cara Solat Tarawih Secara Bersendirian Di Rumah (8 Rakaat)
Sumber : AkuIslam
Cara Solat Tarawih Secara Bersendirian Di Rumah (8 Rakaat)
Sumber : AkuIslam

Cara Solat Sunat Witir Selepas Tarawih

Solat Sunat Witir didirikan sebaik sahaja selepas selesai Solat Sunat Tarawih.

Solat Sunat Witir boleh dilakukan satu rakaat, tetapi bagi had yang sempurna sekurang-kurangnya tiga rakaat (dua kali salam)

Niat Solat Witir

Oleh kerana Solat Sunat Witir dilakukan secara 3 rakkat dengan 2 salam, maka kita perlu niat sebanyak 2 kali

  • Niat Solat Witir 2 Rakaat

Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat pertama:

Cara Solat Sunat Witir Selepas Tarawih
Sumber : AkuIslam

Niat Dalam Melayu:

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.

  • Niat Solat Witir 1 Rakaat

Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat terakhir:

Niat Solat Witir
Sumber : AkuIslam

Niat Dalam Melayu:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala

Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir

  • Dimulakan Solat Witir dengan niat dua rakaat pertama, “Sahaja aku solat Sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala”.
  • Kemudian Takbiratul ihram beserta niat dalam hati.
  • Baca Surah al-Fatihah, diikuti dengan Surah al-A’la untuk rakaat pertama dan Surah al-Ikhlas untuk rakaat kedua. Pada rakaat ketiga, bacalah Surah al-Fatihah diikuti dengan Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas.
  • Lakukan rukuk, kemudian bangun ke posisi iktidal. Kemudian lakukan dua kali sujud.
  • Duduk Antara Dua Sujud. Baca bacaan duduk antara dua sujud.
  • Pada akhir rakaat terakhir, lakukan tahiyyat akhir diikuti dengan memberi salam.
  • Untuk Solat Witir rakaat ketiga (terakhir), niatkan “Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala”
  • Jika solat Witir dilakukan pada malam ke-16 Ramadan hingga akhir bulan, bacalah Doa Qunut pada rakaat ketiga selepas bangun dari rukuk.
  • Disunatkan membaca zikir dan doa selepas memberi salam.

Nota: Solat Witir adalah sunat muakkad, digalakkan dalam Islam dan mempunyai kelebihan yang tinggi. Ia dilaksanakan antara solat Isyak dan Subuh, dengan bilangan rakaat yang ganjil, seperti satu, tiga, lima, tujuh, sembilan, atau sebelas rakaat.

Tujuan solat Witir adalah untuk meraih keredhaan Allah dan merupakan amalan harian Nabi Muhammad SAW

SUMBER : AkuIslam

Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.