KerjayaGig merupakan sebuah bantuan yang diberikan kepada individu yang memerlukan. Bantuan ini telah diumumkan pada Belanjawan 2021 lalu dan telah dilaksanakan bermula pertengahan tahun ini.
Program KerjayaGig
Objektif utama program ini adalah untuk memperluaskan skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu yang kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka masa pendek sehingga mereka memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
Program ini juga diperluaskan untuk meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig untk golongan penganggur tegar.
Antara objektif lain adalah untuk memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya dan yang sedang menerima cuti tanpa gaji kepada kerja gig serta menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal.
Jumlah Bantuan
Berikut adalah perincian pemberian bantuan ini:
- Sebanyak RM600 akan diberikan kepada individu yang layak
- Pembayaran RM600 akan dibuat setiap sebulan selama 6 bulan
- Pemberian bantuan ini akan diberikan selagi mana mereka terlibat dengan kerjaya gig
Insentif RM200 juga akan diberikan kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:
- Individu yang kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO
- Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji
- Pencari kerja dari golongan rentan seperti Orang Kelainan Upaya (OKU), peserta program Return to Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, bekas penagih dadah, bekas banduan, Orang Diparol (ODP) dan lain-lain
- Semua yang layak haruslah berumur antara 18 hingga 60 tahun sahaja.
Tarikh Permohonan
Permohonan telah dibuka sejak 15 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Disember 2021.
Cara Untuk Membuat Permohonan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan:
- Anda perlu log masuk ke laman web MyFutureJobs dan mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri
- Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui laman Web PERKESO untuk memohon insentif RM600
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan:
- Borang pengesahan pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
- Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri
- Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
- Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi talian hotline di 1-300-22-8000 atau 03 8091 5300
SUMBER: Kerjasemasa