CIMB Clicks tidak akan digunakan lagi, bermula 11 Jun ini

Bermula 11 Jun nanti, aplikasi CIMB Clicks tidak akan dapat dimuat turun lagi di Playstore dan juga Apps Store. Ini kerana pihak CIMB Bank akan menggunapakai aplikasi terbaru dari mereka iaitu CIMB Octo.

Menerusi laman rasmi CIMB, aplikasi CIMB Octo telah direka untuk memudahkan dan melancarkan urusan kewangan para pelanggan melalui maklum balas sebelum ini.

Dengan reka interface yang baharu dan ringkas, pihak CIMB yakin bahawa aplikasi CIMB Octo ini lebih cepat dan selamat, memberikan pengalaman perbankan yang bijak dan diperibadikan berbanding dengan aplikasi CIMB Clicks.

CIMB Clicks tidak akan digunakan lagi, bermula 11 Jun ini
CIMB Clicks tidak akan digunakan lagi, bermula 11 Jun ini

Buat masa sekarang, pihak CIMB Bank menyarankan agar pelanggannya telahpun memuat turun kedua-dua aplikasi mereka iaitu CIMB Clicks dan CIMB Octo kerana :

  1. CIMB Clicks masih diguna untuk pengesahan SecureTAC
  2. CIMB Octo akan memiliki fitur-fitur terbaru yang tidak ada pada aplikasi CIMB Clicks
  3. Ciri SecureTac bakal tiba di aplikasi CIMB Octo

SEDANG TRENDING 🔥 :—————————

———————————————————

CIMB Octo Ganti CIMB Clicks

Aplikasi terbaru ini akan mempunyai fitur-fitur yang tidak ada pada CIMB Clicks. Fitur-fitur yang bakal tiba pada CIMB Octo akan menjadikannya seperti SuperApps yang tidak hanya terbatas sekadar memindahkan wang sahaja.

Antara fitur-fitur yang baharu adalah :

1. Menukar limit transaksi harian anda dengan hanya melalui aplikasi

2. Rancang pemindahan anda mengikut waktu yang anda suka. Anda boleh menetapkan tarikh pembayaran mengikut jadual yang anda telah tetapkan!

3. Anda boleh menyimpan duit anda pada akaun Deposit Tetap(Fixed Deposit) dengan minimum RM1000

4. Pramuka yang terbaharu yang lebih kemas dan ringkas, dan anda boleh susun mengikut cita rasa anda.

5. Promosi yang terbaru akan terpapar pada skrin anda agar tidak terlepas tawaran khas daripada CIMB Bank

6. Fitur Quick Payment memudahkan urusan transaksi dengan pengesahan melalui Face ID, Fingerprit dan juga passcode

7. Kad debit/kredit terpampang pada skrin berserta nombor, tarikh luput kad dan juga nombor CCV. Tak perlu keluarkan dari dompet lagi lepas ni!

Cara Daftar Akaun CIMB Octo

1. Muat turun aplikasi CIMB Octo pada telefon pintar anda sekarang.

    Android : Klik Sini
    IOS : Klik Sini

    2. Masukkan User ID anda yang sudah anda daftar pada CIMB Clicks. Kepada pengguna CIMB Clicks, anda boleh gunakan ID lama anda berserta password yang sama pada aplikasi terbaru ini. Kemudian tekan ‘Next’.

    3. Sekiranya anda seorang pengguna yang baru, tekan pada ‘Register’

    4. Anda kemudiannya boleh menetapkan preference anda seperti yang tertera pada skrin seperti mengaktifkan SecureTAC, pengesahan melalui cap jari dan macam-macam lagi.

    5. Anda akan diminta untuk menetapkan passcode sebagai langkah keselamatan tambahan pada aplikasi ini.

    Maklumat Lanjut

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai aplikasi terbaru dari CIMB Bank bolehlah melayari ke laman rasmi mereka di www.cimb.com.my

    atau hubungi di

    1. Consumer Contact Centre
      Available 24 hours
      +603 6204 7788
    2. Preferred Contact Centre
      Available 24 hours (Local)
    3. Antarabangsa
      +603 2295 6888

    Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak

    Penafian

    Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

    Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.