Berita terkini, mulai 18 Jun – 18 Julai 2021, pihak PDRM telah membuat kempen bayar saman bagi individu dan juga syarikat. Dalam kempen ini, diskaun sebanyak 50% ditawarkan kepada pembayar saman jika menggunakan portal ataupun aplikasi MyBayarSaman.
Saman-saman ini adalah termasuk saman yang dikategori senarai hitam. Walaubagaimanapun, tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.
SENARAI KESALAHAN YANG TIDAK DITAWARKAN PENGURANGAN KOMPAUN
- Tidak patuhi lampu isyarat merah (20210
- Lorong kecemasan (2021)
- Potong secara merbahaya (2021)
- Potong di garisan berkembar (2021)
- Kemalangan (2021)
- Dalam perbicaraan (2021)
- Tidak boleh kompaun (Non Compound) NC
- Kesalahan berkaitan lori (^)
- Pengubahsuaian ekzos
MUAT TURUN APLIKASI MYBAYAR SAMAN
- Laman web – https://mybayar.rmp.gov.my
- Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
- Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
MAKLUMAN
Kaunter pembayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen akan ditutup sepanjang pengurangan saman ini diberikan. Oleh itu, bagi sesiapa yang mempunyai saman trafik/saman individu/syarikat yang belum dibayar, marilah ambil peluang ini untuk langsaikan saman-saman anda.
TEMPOH TAWARAN DISKAUN
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda mendapatkan diskaun dalam pengurangan saman. Jaga diri, dan tetap patuh SOP!
Sila sebarkan info ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak