Digital ID Malaysia Dilaksanakan Tahun 2024: Dibangunkan Sepenuhnya Guna Kepakaran Tempatan

Digital ID Malaysia Dilaksanakan Tahun 2024: Dibangunkan Sepenuhnya Guna Kepakaran Tempatan

Digital ID Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDN)

Digital ID malaysia atau Identiti Digital Nasional (IDN)merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk kepada sumber tunggal

Digital ID ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Program Digital ID Malaysia ini merupakan satu kaedah untuk pengesahan identiti seseorang di alam maya berasaskan pendekatan “What Your Are”, What You Have” dan “What You Know” yang disokong oleh rangkakerja identiti digital” yang dipercayai (trusted digital identity framework)

Digital ID Malaysia tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melenkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

Baca Juga:

Tarikh Pelaksanaan Digital ID Malaysia

Digital ID Malaysia ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.

Digital ID Malaysia Dilaksanakan Tahun 2024: Dibangunkan Sepenuhnya Guna Kepakaran Tempatan

Kelebihan Digital ID Malaysia

Berikut adalah kelebihan menggunakan Digital ID Malaysia:

  • Pelaksanaan IDN ini membolehkan rakyat memperolehi suatu pengenalan diri digital unik yang akan digunakan dalam pelbagai perkhidmatan digital dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan.
  • Semakan dan pengesahan MyKad dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat
  • Urus niaga boleh dibuat secara selamat dengan akses saluran omni pada mana-mana peranti, bila-bila masa, di mana sahaja, malah dari luar negara.
  • Perkhidmatan digital mampu memudahkan proses perniagaan menggunakan penandatanganan digital.
  • Kerajaan juga akan memperolehi platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri selari dengan teknologi terkini dengan merekodkan data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) penduduk Malaysia secara berpusat di JPN.
  • IDN akan memberi tambah nilai kepada pelbagai sektor perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.
  • IDN juga dapat mengelakkan pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital dan ini akan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Dibangunkan Sepenuhnya Guna Kepakaran Tempatan

KUALA LUMPUR : Pembangunan teknologi serta segala kepakaran lain berkaitan pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID adalah menggunakan sepenuhnya tenaga dan sumber tempatan.

Pegawai Tugas-Tugas Khas di Pejabat Menteri Dalam Negeri, Dr Azman Hussin berkata, pembangunan Digital ID itu menggunakan teknologi baharu kriptografi post quantum computing compliance yang dibangunkan universiti tempatan.

“Dari segi peranti (telefon pintar) untuk guna Digital ID ini mungkin kita masih guna luar negara seperti Apple, Samsung, tapi falsafah projek ini adalah projek asli Malaysia, kemahiran sains, kejuruteraan, perisian sepenuhnya daripada hasil anak tempatan.

“Lebih membanggakan, teknologi yang kita gunakan itu amat selamat, yang mana pada masa depan dijangka akan dicipta satu quantum computer yang boleh pecahkan semua kriptografi sedia ada, tapi algoritma kita untuk Digital ID ini, quantum computer itu tidak akan dapat pecahkan,” katanya pada program Ruang Bicara yang disiarkan secara langsung di saluran Bernama TV malam ini.

Azman berkata, dengan tidak meletakkan kebergantungan kepada pakar luar, projek Digital ID itu secara langsung akan membolehkan ekosistem pemain industri tempatan dalam hal teknologi berkaitan dapat dibina dan diperkasakan.

Digital ID merupakan suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta untuk mengesahkan identiti pengguna semasa melakukan transaksi secara dalam talian.

Tanpa menggantikan sistem MyKad, Digital ID merupakan platform yang dipercayai dan selamat serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian.

SUMBER: Bernama

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Digital ID Malaysia / Identiti Digital Nasional (IDM)?

Digital ID malaysia merupakan satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital yang merujuk kepada sumber tunggal

Adakah Digital ID Malaysia / IDN Mengantikan MyKad?

Digital ID Malaysia tidak akan menggantikan MyKad sebagai bukti kewarganegaraan tetapi akan melenkapinya sebagai bentuk pengenalan digital yang digunakan ketika bertransaksi secara digital.

Bilakah Tarikh Pelaksanaan Digital ID Malaysia / IDN?

Tahun 2024

Kelebihan Digital ID Malaysia / IDN)?

– Pelaksanaan IDN ini membolehkan rakyat memperolehi suatu pengenalan diri digital unik yang akan digunakan dalam pelbagai perkhidmatan digital dan boleh menambahbaik kualiti kehidupan.

– Semakan dan pengesahan MyKad dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat

– Urus niaga boleh dibuat secara selamat dengan akses saluran omni pada mana-mana peranti, bila-bila masa, di mana sahaja, malah dari luar negara.

– Perkhidmatan digital mampu memudahkan proses perniagaan menggunakan penandatanganan digital.

– Kerajaan juga akan memperolehi platform pengumpulan dan pengesahan pengenalan diri selari dengan teknologi terkini dengan merekodkan data biometrik baru (10 cap jari, muka dan iris) penduduk Malaysia secara berpusat di JPN.

– IDN akan memberi tambah nilai kepada pelbagai sektor perkhidmatan dengan meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa dalam proses pengesahan pengenalan diri.

– IDN juga dapat mengelakkan pemalsuan pengenalan diri dalam transaksi perkhidmatan digital dan ini akan mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.