Untuk makluman anda, pihak PDRM ada menawarkan diskaun saman trafik bagi bulan Disember ini.
Pemberian diskaun hanya melibatkan beberapa negeri sahaja dan sebanyak 50% pengurangan saman ditawarkan.
Diskaun 50% Saman Mengikut Negeri
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan negeri-negeri yang menawarkan pengurangan sama 50%.
Kedah
Pemberian diskaun 50% hanya berlangsung dari 5 hingga 8 Disember sahaja dan diskaun ini untuk semua saman kecuali saman di bawah:
- Tidak patuh lampu isyarat
- Lorong kecemasan
- Potong secara merbahaya
- Potong di garisan berkembar
- Kemalangan
- Dalam perbicaraan
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Pengubahsuaian ekzos
Kelantan
Pemberian diskaun 50% hanya berlangsung dari 15 hingga 30 November sahaja dan ini dibuat sempena Keputeraan DYMM Sultan Kelatan. Diskaun ini untuk semua saman kecuali saman di bawah:
- Tidak patuh lampu isyarat
- Lorong kecemasan
- Potong secara merbahaya
- Potong di garisan berkembar
- Kemalangan
- Dalam perbicaraan
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Pengubahsuaian ekzos
Negeri Sembilan
Pemberian diskaun 50% hanya berlangsung dari 29 November sehingga 8 Disember sahaja dan diskaun ini untuk semua saman kecualai saman di bawah:
- Tidak patuh lampu isyarat
- Lorong kecemasan
- Potong secara merbahaya
- Potong di garisan berkembar
- Kemalangan
- Dalam perbicaraan
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Pengubahsuaian ekzos
Perlis
Pemberian diskaun 50% hanya berlangsung dari 1 sehingga 5 Disember 2021 dan pembayaran boleh dibuat melalui di semua kaunter JSPT IPK Perlis, Arau dan Padang Besar. Diskaun ini untuk semua saman kecuali saman di bawah:
- Saman kemalangan
- No Compound
- Saman dalam perbicaraan
- Saman berstatus waran tahun semasa
- Berstatus mahkamah
- Saman berkaitan lori
Perak
Pemberian diskaun 50% hanya berlangsung dari 1 sehingga 30 Disember 2021 dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter saman trafik PDRM Perak. Diskaun ini untuk semua saman kecuali saman di bawah:
- Tidak patuh lampu isyarat merah
- Kesalahan lorong kecemasan
- Potong secara merbahaya / potong ‘Q’
- Potong di garisan berkembar
- Saman berstatus bicara mahkamah
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan kenderaan M/loti
- Pengubahsuaian ekzos kenderaan
Pahang
Pemberian diskaun 50% hanya berlangsung dari 22 November sehingga 6 Disember 2021 dan pembayaran saman boleh dibuat melalui semua kaunter saman trafik kontinjen Pahang mengikut waktu pejabat 8:30 pagi – 4:00 petang. Diskaun ini untuk semua saman kecuali saman di bawah:
- Tidak patuh lampu isyarat
- Lorong kecemasan
- Potong secara merbahaya
- Potong di garisan berkembar
- Dalam perbicaraan
- Tidak boleh kompaun
- Kesalahan berkaitan lori
- Pengubahsuaian ekzos
Sarawak
Pemberian diskaun 50% hanya berlangsung dari 1 sehingga 14 Disember 2021 dan pembayaran boleh dibuat di semua kaunter saman Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Sarawak bermula 8:30 pagi sehingga 3:00 petang.
Semakan Saman Online
MyBayar Saman adalah perkhidmatan digital yang bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk membuat semakan saman dan pembayaran saman trafik dengan mudah. Anda hanya perlu layari:
Atau, anda boleh juga muat turun aplikasi di Google Playstore dan Apple Store
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan, anda bolehlah hadir ke pejabat PDRM negeri masing-masing atau rujuk laman media sosial rasmi PDRM negeri anda.
SUMBER: Kerjasemasa