Berita baik untuk mereka yang mempunyai saman tertunggak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sempena Ulang Tahun JPJ yang ke 75 tahun, JPJ dengan berbesar hati melancarkan diskaun pembayaran saman sebanyak 70%. Wow, bukan senang nak dapatkan peluang besar ni.
Jadi, tunggu apa lagi? Mari lihat maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan untuk tebus diskaun saman ini.
TARIKH DISKAUN 70% SAMAN JPJ
13 APRIL 2021 – 11 JUN 2021
SAMAN LAYAK UNTUK TEBUS DISKAUN
- Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
- Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
- Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715)
- Kaedah-kaedah dan perintah-perintah dibawahnya
- Kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
CARA-CARA UNTUK MENEBUS DISKAUN SAMAN
- Pejabat JPJ atau JPJ cawangan
- Urban Transformation Centre (UTC)
- Kiosk JPS
- Portal JPJ MYSIKAP (Klik sini untuk ke portal JPJ)
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar sebagai pengguna di Portal JPJ, MYSIKAP:-
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk menyelesaikan saman JPJ dengan harga yang lebih murah. Terus maju jaya.
Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak