Anda mempunyai saman tertunggak? Ini mungkin berita gembira buat anda untuk menyelesaikan hutang-piutang saman-saman anda. Kini, Kempen Bayar Saman yang dianjurkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia telah melancarkan portal dan aplikasi telefon pintar MyBayar Saman pada 25 Mac 2021.
Aplikasi ini membolehkan anda untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50% apabila anda membayar saman menggunakan aplikasi tersebut. Berita gembiranya disini pula, diskaun ini telah dilanjutkan lagi sehingga tarikh yang akan di berikan pada maklumat di bawah.
Jom semak saman dan dapatkan diskaun ini! Mari teliti maklumat dan cara-cara untuk dapatkan diskaun saman :-
Berikut merupakan senarai saman yang terkecuali daripada pengurangan bayaran kompaun sehingga 50% :-
- Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021.
- Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021.
- Saman status bicara mahkamah (m).
- Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori.
- Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021.
- Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021.
- Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021.
- Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021.
- Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021.
CARA SEMAKAN SAMAN
- Portal MyEG
- Portal RILEK
- SMS: POLIS SAMAN <jarak> No. Kenderaan / POLIS SAMAN <jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
TARIKH AKHIR DISKAUN 50%
INFO TAMBAHAN
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk membayar saman anda.
Sila sebarkan berita baik ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.
Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak