DISKAUN SAMAN/KOMPAUN TRAFIK 50% SEHINGGA SEPTEMBER 2024

Pihak MBJB telah pun mengeluarkan iklan bagi diskaun saman/kompaun dan juga kompaun bagi kesalahan jalanraya sebanyak 50% kepada pengguna jalanraya dikawasan yang terpilih.

Ini adalah bagi kesalahan-kesalahan yang tertentu sahaja dan bukan semua jenis kesalahan akan diberikan diskaun saman.

Trending Sekarang :

STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran
STR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran
Cara Mudah Isi & Kemaskini EFiling LHDNM Taksiran 2023

Kesalahan Yang Diberikan Diskaun Saman/Kompaun 50%

Pihak MBJB telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat hanya 3 jenis kesalahan yang akan diberikan diskaun saman sebanyak 50 %.

Berikut adalah kesalahan yang akan diberikan diskaun saman :

  1. Kesalahan yang dilakukan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah Lalulintas Jalan 1959(Kuasa yang diberikan kepada warden trafik).
  2. Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran (MBJB) 1981/19(Pindaan) 2004.
  3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133).
DISKAUN SAMAN TRAFIK 50% SEHINGGA SEPTEMBER 2024
DISKAUN SAMAN TRAFIK 50% SEHINGGA SEPTEMBER 2024

Penerangan Bagi Setiap Kesalahan :

Untuk memudahkan pembaca, berikut adalah senarai kesalahan menurut akta-akta yang telah disebut di atas :

  1. Menggunakan kenderaan yang tidak berdaftar
  2. Gagal memaklumkan kepada Ketua Pengarah/Pengarah sebarang perubahan pada pendaftaran
  3. Gagal menukar hak milik dalam tempoh 7 hari
  4. Gagal mempamerkan nombor pendaftaran atau nombor tidak jelas atau mengelirukan atau tidak mengikut saiz yang ditetapkan
  5. Gagal untuk menukar alamat dalam tempoh 7 hari
  6. Kenderaan tidak mengikut peraturan dan pembuatan yang digunakan
  7. Menggunakan kenderaan tanpa lesen/Lesen kenderaan motor ditarik balik
  8. Gagal memaparkan/menconteng/menukar/memusnahkan/lesen kenderaan motor atau memaparkan lesen kenderaan motor yang telah ditukar/musnah/rosak
  9. Lesen memandu tamat tempoh
  10.  Tidak memiliki lesen memandu
  11. Tidak mematuhi syarat lesen belajar memandu 
  12. Gagal menunjukkan lesen / tidak memberi kerjasama kepada Pegawai Penguatkuasa
  13. Memandu di bawah umur
  14.  Melebihi had laju yang dibenarkan
  15. Dan lain-lain

Kaedah Pembayaran Saman/Kompaun

Menurut pihak MBJB, kaedah pembayaran boleh dilakukan dengan dua cara. Iaitu :

  1. Secara atas talian
  2. Kaunter bayaran

Bagi pembayaran atas talian, anda boleh melakukan yang demikian melalui aplikasi E-Khidmat, PBTPay atau MBJBSpot.

Bayar melalui E-Khidmat di sini

atau

Sila tekan ‘Muat turun sini’ untuk memuat turun aplikasi ke dalam telefon pintar anda.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment