Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Di Program MADANI Rakyat

Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Di Program MADANI Rakyat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50% bagi saman terpilih di pelbagai lokasi di seluruh negara melalui Program MADANI Rakyat.

Diskaun Saman PDRM Sehingga 50%

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Datuk Mat Kasim Karim menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk meringankan bebas kewangan rakyat dan menggalakkan pembayaran saman tertunggak.

Diskaun saman PDRM ini adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mendekatkan diri dengan masyarakat dan memastikan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara adil dan berkesan.

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Lokasi Dan Tarikh Program

Program MADANI Rakyat akan dilakukan di beberapa zon di Malaysia:

  • Zon Utara : Kedah, Perlis, Pulau Pinang
  • Zon Tengah :Kuala Lumpur, Selangor
  • Zon Selatan : Johor, Melaka, Negeri Sembilan
  • Zon Timur : Pahang, Terengganu, kelantan
  • Zon Sabah Dan Sarawak: Lokasi akan diumumkan kemudian

Setiap zon mempunyai tarikh yang berbeza untuk memastikan lebih ramai rakyat memanfaatkan tawaran diskaun ini.

Maklumat lanjut mengenai jadual dan lokasi boleh diperolehi di laman web rasmi dan media sosial PDRM.

Diskaun Saman PDRM Sehingga 50% Di Program MADANI Rakyat

Senarai Saman Yang Layak Untuk Diskaun

Saman yang layak untuk mendapat diskaun adalah:

  • Kesalahan lalu lintas biasa seperti tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, dan memandu tanpa lesen yang sah.
  • Kesalahan parkir yang tidak melibatkan kemalangan atau kerosakan harta benda.

Saman yang tidak layak untuk diberikan diskaun:

  • Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
  • Melanggar lampu isyarat merah.
  • Memandu laju

Cara Membuat Pembayaran Saman

Pembayaran saman ini boleh dilakukan melalui beberapa saluran:

  • Kaunter Pembayaran: kaunter khas akan dibuka di lokasi program di setiap zon.
  • Pejabat Trafik Negeri: Pembayaran boleh dilakukan di pejabat trafik di setiap negeri
  • Platform Dalam Talian: Pembayaran saman secara atas talian melalui platform MyBayar Saman
  • Aplikasi MyBayar PDRM: Pembayaran saman melalui aplikasi di telefon mudah alih

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai diskaun saman PDRM ini, anda boleh layari laman rasmi dan media sosial PDRM.

SUMBER : Berita Harian

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment