Eden Hazard yang merupakan pemain antarabangsa Belgium itu mendakwa bahawa dia sering menjelaskan hanya akan kembali ke pentas bola sepak Perancis untuk menyertai bekas kelab lamanya iaitu Lille yang diwakilinya sebelum berhijrah menyertai pasukan Chelsea pada tahun 2012.
Pada musim panas lalu, gergasi kelab liga Perancis iaitu PSG telah dikaitkan dengan perpindahan Hazard sebelum pemain tersebut lebih memilih Real Madrid sebagai destinasi seterusnya dengan yuran berjumlah EUR100juta (RM461 juta).
“Tidak dan tak akan. Mereka sering sahaja mahu mendapatkan saya tetapi saya tidak mahu kembali ke Ligue 1 dan bersama kelab lain selain daripada pasukan Lille. Saya sentiasa katakan tidak kepada mereka dan ianya sangat jelas. Mereka adalah kelab yang mampu membantu anda memenangi Liga Juara-Juara Eropah tetapi PSG bukan dalam perancangan saya. Jika saya mahu kembali ke Ligue 1, ianya adalah Lille.”
Ketika ini, Hazard dilihat bergelut untuk memberikan impak sebenarnya di liga Sepanyo semenjak tiba daripada Chelsea pada Jun lalu. Pemain berusia 28 tahun itu hanya menyumbat satu gol daripada lapan penampilan dalam semua kejohanan serta dikritik kerana mengalami berat badan yang berlebihan. Pada minggu ini, Hazard telah menafikan dakwaan tersebut dan dia memberitahu Sky Sports:
“Untuk bulan terakhir, saya berada dalam keadaan bagus tanpa sebarang kecederaan. Saya berada dalam keadaan baik. Apabila berada di atas padang, saya akan berikan yang terbaik tidak kiralah bersama Real ataupun Belgium. Saya hanya mahu meneruskan momentum ini.”
Pada esok hari, skuad Los Blancos itu akan melayan kunjungan pasukan Real Sociedad sebelum mereka berdepan dengan pasukan PSG bagi saingan Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu pada selasa ini.