eMadani MAE : Ramai Mengadu Tidak Dapat Guna? Ini Jalan Penyelesaiannya!
TERKINI: eMadani MAE sudah boleh digunakan untuk membuat pembelian secara fizikal. Walaupun sebelum ini rata-rata pengguna MAE tidak dapat menebusnya.
Maybank semalam telah memberi makluman bahawa eMadani MAE sudah dapat digunakan
Namun begitu, pastikan toggle eMadani tersedia sebelum pembayaran dibuat bagi mengelakkan pembayaran ditolak pada baki MAE Wallet.
Pengguna e-Dompet MAE disarankan untuk menangguhkan dahulu pembayaran menggunakan kredit eMadani di aplikasi tersebut.
Hal ini berikutan timbul isu pemohon yang menuntut eMadani MAE gagal untuk menggunakan kredit tersebut untuk melakukan pembayaran di pasar raya, kedai runcit dan sebagainya.
Sehingga kini, belum ada penjelasan rasmi daripada pihak Maybank berhubung perkara ini atau cara yang tepat untuk menggunakan eMadani MAE ini.
TENGAH TRENDING:—————————
- eMadani RM100 : Ramai Yang Tidak Dapat Tebus ~ Ini Sebabnya
- eMadani ShopeePay RM100: Tambahan RM600 Baucar
- eMadani TNG : Cara Daftar Dan Tebus e-Wallet Rm100
———————————————————
Cara Lain Menggunakan eMadani MAE
Tidak seperti TNG eWallet yang boleh digunakan secara ‘direct’, dilihat ketika ini penggunaan eMADANI di aplikasi MAE berfungsi seperti ‘cashback’.
Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak
Bermaksud, MAE Wallet perlu mempunyai baki sekurang-kurangnya nilai yang ingin dibelanjakan. Lebih mudah, pindahkan RM100 daripada akaun utama atau mana-mana akaun ke MAE Wallet.
Setelah itu, anda boleh melakukan pembayaran dengan klik ikon “eMADANI” dan “Use eMADANI”. Pembayaran yang dibuat akan ditolak daripada kredit eMADANI.
Dalam erti kata lain, pastikan setiap transaksi yang ingin menggunakan kredit eMADANI tidak melebihi baki yang tersedia dalam MAE Wallet.
Sebagai contoh, jika ingin membuat pembayaran sebanyak RM50 menggunakan kredit eMADANI, MAE Wallet juga perlu mempunyai baki yang tidak kurang daripada itu.
Setelah pembayaran dibuat, ia akan ditolak daripada kredit eMADANI. Sementara baki MAE Wallet tidak terjejas dan akan dikekalkan seperti sebelumnya.
Bagi yang mempunyai akaun Maybank, tetapkan MAE Wallet sebagai “Primary Account” terlebih dahulu. Ianya boleh dilakukan di halaman utama dengan klik pada “View All Account” > pilih akaun MAE Wallet dan “Set as Primary” di bahagian “Manage”.
SUMBER: Wiser
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.