eMadani RM100 : Rayuan Permohonan Bagi Yang Tidak Lulus

eMadani RM100 : Rayuan Permohonan Bagi Yang Tidak Lulus

Bantuan eMadani RM100 sudah boleh dituntut sejak 4 Disember 2023 lagi. Permohonan ini dibuka sehingga 20 Februari 2023.

Namun begitu, ramai yang tertanya-tanya kenapa dan sebab mengapa permohonan tidak lulus ataupun tidak berjaya.

Bagi yang tidak lulus, berikut kami kongsikan cara permohonan rayuan.

eMadani RM100 Shopee

Untuk permohonan rayuan melalui aplikasi Shopee, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

  • Hubungi perkhidmatan pelanggan ShopeeKLIK SINI
  • Pilih ‘eMadani Claimants’ sebagai jenis pengguna
  • Pilih ‘eMadani Unable to Claim’ dan isi butiran peribadi
  • Lampirkan tangkapan skrin sebagai gambar sokongan
eMadani RM100 : Rayuan Permohonan Bagi Yang Tidak Lulus

eMadani RM100 Touch ‘n Go

Untuk permohonan rayuan melalui aplikasi Touch ‘n G0, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

  • Hubungi bahagian perkhidmatan sokongan Touch ‘n Go – KLIK SINI
  • Pilih ‘eMadani’ dan pilih ‘Claim Rejected’ sebagao jenis sokongan
  • Berikan keterangan lanjut mengenai permasalahan anda
  • Lampirkan tangkapan skrin sebagai gambar sokongan
eMadani RM100 : Rayuan Permohonan Bagi Yang Tidak Lulus

eMadani RM100 Mae

Untuk permohonan rayuan melalui aplikasi MAE, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

  • Hubungi Maybank Group Customer Cara di talian 1300-88-6688
  • Atau emel ke mgcc@maybank.com.my dan jelaskan isu rayuan anda
  • Sertakan butiran lengkap berkaitan penolakan permohonan eMadani anda.
eMadani RM100 : Rayuan Permohonan Bagi Yang Tidak Lulus

eMadani RM100 Setel

Untuk permohonan rayuan melalui aplikasi SETEL, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

  • Hantar emel ke hello@setel.com
  • Jelaskan isu penolokan permohonan eMadani dan lampirkan maklumat tambahan jika perlu
eMadani RM100 : Rayuan Permohonan Bagi Yang Tidak Lulus

TENGAH TRENDING:—————————

———————————————————

Sebab Tuntutan eMadani Tidak Berjaya?

Terdapat beberapa sebab kemungkinan mengapa tuntutan anda tidak berjaya:

  • Terdapat beberapa tuntutan melalui e-dompet yang berbeza dibawah nama/nombor KP anda
  • Format nama dan nombor KP yang diisi adalah salah (cth. nama dengan aksara khas seperti @, &, * tidak dapat diproses)
  • Nama yang diisi di dalam borang tuntutan tidak sama seperti nama yang tertera di MyKad anda
  • Nombor KP anda tidak wujud atau tidak lagi sah di rekod JPN
  • Status kediaman anda tidak tertera sebagai warganegara Malaysia atau anda bukan pemegang MyKad
  • Rekod LHDN anda mungkin belum dikemaskini dengan maklumat pendapatan terkini anda. Sila rujuk kepada saluran rasmi LHDN untuk maklumat lanjut.
eMadani RM100 : Ramai Yang Tidak Dapat Tebus ~ Ini Sebabnya

Bagaimana Untuk Tahu Jika Anda Layak Atau Tidak Membuat Tuntutan eMadani?

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan dalam e-dompet tersebut.

Sebab permohonan anda tidak berjaya juga akan diberitahu.

Syarat Kelayakan Bantuan:

  • Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Mengapa Permohonan eMadani Lambat Diluluskan?

Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

  • ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
  • MAE: 1300-88-6688 atau emel ke mgcc@maybank.com.my
  • Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini
  • Setel: Emel ke hello@setel.com atau klik di sini
  • Manfaat Belanjawan

Syarat Penggunaan Kredit eMadani RM100

Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  • Pemindahan ‘peer-to-peer’;
  • Penebusan tunai;
  • Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  • Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.