Cara Tebus eMadani ShopeePay
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut tentang cara penebusan RM100 eMadani dengan menggunakan ShopeePay
Cara Penebusan Dengan eMadani ShopeePay
Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Langkah 1: Lancarkan aplikasi ShopeePay
- Langkah 2: Klik pada icon eMadani pada halaman utama
- Langkah 3: Masukkan maklumat anda dan klik ‘Submit’
- Langkah 4: Anda akan menerima pemberitahuan apabilah penebusan RM100 eWallet berjaya.
Tambahan RM600 Baucar Dijamin Dengan eMadani Shopeepay
Shopee menawarkan baucar tambahan sehingga RM600 jika anda membuat penebusan eMadani di shopee, dan ianya dibahagikan kepada beberapa amaun yang telah diperuntukkan
Apakah Yang Boleh Dibeli Menggunakan Kredit RM100 eMadani
Anda boleh menggunakannya untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- Pemindahan ‘peer-to-peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Maklumat Lanjut eMadani
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim eMadani di SINI
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.