Family Link – Pantau Aktiviti Online Anak dengan Aplikasi Ini

Pantau Aktiviti Online Anak dengan Aplikasi Ini – Family Link

Sebagai orang tua pasti anda pernah terfikir macam mana caranya untuk memantau aktiviti anak anda di telefon pintar? Dengan usia mereka yang masih muda, adalah sangat bahaya apa bila mereka terdedah dengan kandungan-kandungan yang sensitif.

Kebanyakan masalah sosial zaman sekarang berpunca dari pendedahan terlalu awal kepada kanak-kanak tanpa sebarang pengawasan dari ibu-bapa.

Dengan adanya aplikasi dari Google ini, anda boleh memantau dan mengawasi setiap aplikasi yang dibuka dan ditonton oleh anak anda. Nama aplikasi ini adalah Family Link.

Aplikasi Family Link adalah aplikasi pengendalian orang tua yang membantu untukk memantau anak anda agar tetap selamat ketika online dan membuka apps.

Aplikasi Family Link tidak hanya menyekat namun ia juga memberi fleksibiliti untuk memilih keseimbangan yang tepat untuk anak anda dan membantu mereka disiplin dengan waktu.

Anda Mungkin Berminat:

Join Channel Whatsapp Kami Untuk Info Bantuan Kerajaan Terkini 2023!

Cara Menggunakan Family Link

1. Daftar akaun Google

Anda dan anak perlu mendaftar akaun google terlebih dahulu sekiranya belum melakukan demikian. Untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun, mereka layak mempunyai akaun tersebut namun perlu pautkan pada akaun ibu atau bapa.

Family Link
Paut akaun anak dengan akaun ibu-bapa

2. Muat turun aplikasi tersebut di Play Store bagi pengguna Android, dan App Store bagi pengguna Apple.

Link download : 1. Android 2. Apple

Tetapan Yang Boleh Anda Lakukan Pada Aplikasi Family Link :

Pada aplikasi Family Link, anda dapat menetapkan tetapan yang sesuai dengan umur anak dan keperluan mereka. Anda boleh mengawal dan juga menyekat aplikasi yang anda rasa tidak sesuai untuk mereka.

Antara tetapan yang anda boleh buat adalah seperti berikut :

  1. Kawalan Google Play Store
  2. Kawalan Google Chrome
  3. Tapis di Carian Google
  4. Aplikasi Android
  5. Pantauan Waktu
  6. Masa Skrin

1. Kawalan Google Play Store

Ibu bapa boleh mengawal aplikasi yang di muat turun oleh anak di Google Play Store telefon anak. Dengan cara menetapkan had usia aplikasi yang sesuai untuk dimuat turun oleh anak-anak. Ia bukan sekadar menyekat aplikasi malah movie, lagu dan juga buku boleh dikawal oleh anda.

2. Kawalan Google Chrome

Ibu bapa boleh mengawal laman web yang boleh dan tidak boleh untuk dilayari anak-anak sesuai dengan umur mereka. Sebaiknya ibu-bapa menyekat laman web yang mengandungi bahan bacaan dewasa.

Saringan laman web
Saringan laman web

3. Tapis carian di Google

Fungsi fitur ini adalah menyekat dan menyaring kandungan yang anak cari di google terutamanya kandungan dewasa dan kandungan ganas yang semakin berleluasa di internet.

Tapisan carian google menggunakan Safe Search
Tapisan carian google menggunakan Safe Search

4. Pantauan Tempoh

Tetapkan waktu yang anda mahu sesuai dengan keperluan anak. Anda boleh pantau tempoh berapa lama sesebuah aplikasi tersebut telah diguna dan berapa lama anak boleh guna aplikasi tersebut.

Pantau waktu aplikasi digunapakai
Pantau tempoh waktu aplikasi digunapakai

5. Lokasi

Dengan fitur ini, ibu-bapa boleh menjejak dan mengetahui lokasi dan keberadaan telefon pintar anak secara langsung. Tapi dengan syarat, telefon pintar anak hendaklah mempunyai sambungan internet.

Lokasi telefon anak secara langsung
Lokasi telefon anak secara langsung

6. Masa Skrin

Pada fungsi masa skrin, anda boleh mematikan skrin telefon anak pada jadual yang anda telah tetapkan. Ini dapat melatih mereka untuk disiplin untuk tidur awal, fokus dalam pelajaran.

Masa Skrin
Masa Skrin
Masa Skrin
Masa Skrin

Dengan adanya aplikasi Family Link daripada Google ini, ibu-bapa akan lebih tenang dan kurang risau kerana anda telah diberi satu kemudahan untuk memantau anak kecil anda yang sedang besar, dan dapat memastikan mereka terhindar dari bahan bacaan, video, gambar yang tidak sesuai dengan umur mereka di internet.

Apa fungsi aplikasi Family Link

Aplikasi ini berfungsi untuk mengawal serta memantau aktivi anak ketika menggunakan telefon pintar serta melayari internet.

Bolehkah mesej Whatsapp dibaca jika menggunakan Family Link

Ya, ibu-bapa dapat membaca mesej Whatsapp yang anak terima dan hantar melalui aplikasi Family Link.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.