Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun 2024
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula tahun 2024. Ia dengan selari usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menyemak perkara itu dan menjelang tahun depan, ia dijangka akan direalisasikan.
“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.
TENGAH TRENDING:—————————
- STR 2024 : Tarikh Daftar & Bayaran
- Kadar Dividen KWSP 2023 Dijangka Lebih Tinggi
- Digital ID Malaysia Dilaksanakan Tahun 2024
Meningkatkan Gaji Pekerja Sektor Swasta
“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
Fahmi berkata, dua perkara itu penting memandangkan tahun hadapan adalah tempoh penting di mana ekonomi mula rancak dengan pelbagai pelaburan diperoleh pada tahun ini.
“Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses,” katanya.
Menyentuh mengenai dakwaan kecekapan penjawat awam semakin berkurangan, beliau menafikan perkara itu memandangkan pelbagai isu boleh timbul antaranya beberapa sistem tertentu perlu dinaik taraf bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
“Dalam masa yang sama, kadang-kadang isu bajet dan masa juga boleh berlaku, jadi individu yang bertanggungjawab perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami di mana kecekapan dan intervensi boleh diperbaiki.
“Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku di mana projek tidak berjalan dengan lancar hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan,” katanya.
SUMBER: Berita Harian
Ikuti Telegram Rasmi: https://t.me/blogrojak
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.