PM Umum Kenaikan Gaji 42% Penjawat Awam Yang Baharu – Lihat Senarai Penuh

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja sebentar tadi mengumumkan kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam.

Beliau mengumumkan kenaikan gaji pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam(MAPPA) kali yang ke-19.

Menurut beliau penyelarasan gaji yang baharu ini akan memberi kenaikan kadar pendapatan dan elaun akan memberi tambahan pendapatan 16.8% hingga 42.7% kepada penjawat awam.

Dan kadar kenaikan adalah berbeza mengikut kategori Pelaksana, Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2

Apa Itu MAPPA

MAPPA merupakan akronim bagi Majlis Amanat Perdana Penjawat Awam yang mula diperkenalkan sejak tahun 2000 lagi.

Majlis ini dilaksanakan dengan tujuan sebagai salah satu platform untuk seluruh pegawai awam menghayati aspirasi dan hasrat pucuk kepimpinan tertinggi Negara.

Hasrat ini disampaikan melalui amanat khas yang akan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

MAPPA ke-19 Tahun 2024 bakal menyaksikan kehadiran pegawai awam dari pelbagai skim perkhidmatan, wakil Kesatuan Sekerja dan wakil pesara secara fizikal dan dalam talian pada 16 Ogos 2024 (Jumaat) dan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Senarai Kenaikan Gaji Penjawat Awam Baharu

Berikut adalah contoh praktikal pengiraan kenaikan gaji bagi penjawat awam mengikut gred jawatan.

  1. Jawatan Jururawat Gred U-19. Kadar asal RM2,457 pada November 2024.
    Akan naik 2,697 mulai Fasa 1 Disember 2024
    Dan Mulai Januari 2026 Fasa 2 ialah RM2,994.74
  2. Jawatan permulaan Pegawai Pendidikan atau Guru. Kadar asal ialah RM 3,838
    Akan naik kepada RM4,085.04 di Fasa 1 Disember 2024.
    Fasa Kedua Januari 2026 kadar baharu ialah RM4,559.24
  3. Jawatan Prebet Tentera : Gaji asal RM 2,379.
    Fasa 1 Disember 2024 RM 2,619.
    Fasa 2. 1 Januari 2026 2,857.63
  4. Jawatan Konstabel Polis YA1 : Kadar asal ialah RM 2,256.
    Fasa 1 Disember 2024 ialah RM 2,496
    Fasa 2 Januari 2026 RM 2,726

Agar mudah faham, berikut adalah jadual kadar kenaikan mengikut jawatan serta fasa :

JawatanAsalFasa 1Fasa 2
Jawatan Jururawat Gred U-19RM2,457RM2,697RM2,994.74
Pegawai Pendidikan/GuruRM 3,838RM4,085.04RM4,559.24
Prebet TenteraRM 2,379RM 2,619RM2,857.63
Konstabel Polis YA1RM 2,256RM 2,496RM 2,726
PM Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Yang Baharu – Lihat Senarai Penuh
Kenaikan Gaji Penjawat Awam Yang Baharu – Lihat Senarai Penuh
PM Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Yang Baharu – Lihat Senarai Penuh
Kenaikan Gaji Penjawat Awam Yang Baharu – Lihat Senarai Penuh

Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam Baharu

Trending Sekarang :

Kadar Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori
Cara Mudah Isi & Kemaskini EFiling LHDNM Taksiran 2023

Kenaikan adalah berfasa dan menjadikan kenaikan terkumpul adalah 15-16% mengikut gred penjawat awam.

Seperti penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember 2024, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

Perdana Menteri berkata julat peningkatan pendapatan yang bakal diterima penjawat awam adalah 16.8 hingga 42.7 peratus, dengan mengambil kira faedah berganda.

Siapa Yang Terlibat

Untuk pengetahuan pembaca, penyelaran pendapatan baharu ini hanya melibatkan mereka yang memilih opsyen SSPA.

Apa Itu SSPA

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah suatu sistem baharu yang menggantikan sistem saraan lama.

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memperbaharui dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam di Malaysia.

SSPA bertujuan untuk menangani isu produktiviti yang rendah, pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup, dan kemampanan fiskal negara.

Melalui SSPA, kerajaan akan menaikkan kadar pendapatan, membuat perubahan struktur elaun dan menambahbaik pengurusan bakat, termasuk aspek lantikan, prestasi, dan kemajuan kerjaya.

Menurut ucapan Perdana Menteri sebentar tadi, SSPA dijadualkan untuk dilaksanakan sepenuhnya pada bulan 1 Disember tahun ini.

Pelaksanaan ini akan membawa perubahan yang signifikan dalam struktur gaji dan manfaat bagi penjawat awam di Malaysia.

Perdana Menteri berkata SSPA mengandungi roh dan semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang dikehendaki bagi menjayakan agenda Malaysia Madani.

Pelaksanaan SSPA adalah satu keputusan adil kepada penjawat awam, bukan untuk menarik minat dan sokongan.

Kalkulator Kira Gaji Penjawat Awam

Anda boleh melakukan pengiraan yang lebih tepat mengenai jumlah kadar kenaik pendapatan anda sendiri menggunakan Kalkulator Gaji SSPA.

Laman rasmi kalkulator : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

  1. Anda cuma perlu masukkan gaji pokok anda
  2. Kemudian pilih jawatan anda tergolong dalam kumpulan yang mana.
  3. Sila pilih gred jawatan anda yang sekarang
  4. Tejan ‘Kira’.

Berikut adalah contoh hasil dari menggunakan kalkulator

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.