Wabak pandemik Covid-19 merupakan wabak yang sangat memberi impak kepada ekonomi negara. Semasa pandemik ini menular, pelbagai punca ekonomi negara terpaksa ditutup bagi mengelakkan wabak ini dari terus tersebar. Kesannya, ramai rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat operasi kerja yang tertunda.
Namun, disebalik kesusahan itu, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberi bantuan secara one-off untuk mereka yang kehilangan pekerjaan terutamanya kepada mereka yang tergolong dalam golongan B40. Oleh itu, bagi mereka yang berkelayakan, bolehlah membuat permohonan dengan cara-cara yang tersebut.
PRA-SYARAT
SYARAT-SYARAT DAN INFO AM KELAYAKAN BANTUAN
- Seseorang itu perlulah berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
- Hilang pendapatan, pekerjaan dan tergolong dalam golongan B40 sahaja.
- Bayaran tambahan akan diberikan kepada mereka (Pemohon BPR) yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1000.
- Pengesahan kehilangan pekerjaan dan pendapatan akan dilakukan oleh pihak LHDNM, KWSP dan juga PERKESO.
- Bantuan ini tidak melibatkan sebarang proses pendaftaran.
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN
CARA PERMOHONAN BANTUAN
- Bagi mereka yang layak, pihak LHDNM, KWSP dan juga PERKESO akan mengesan anda melalui sistem mereka.
- Oleh itu, anda tidak perlu melakukan sebarang proses pendaftaran dan permohonan.
INFO TAMBAHAN
LAMAN WEB BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
LAMAN WEB KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda semua. Semoga juga kita terus kuat mengadapi kesan wabak Covid-19 ini. Apapun, terus patuh SOP, moga-moga wabak ini akan lenyap di muka bumi suatu hari nanti.
Sila sebarkan iklan bantuan kerajaan ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak