i-Lindung KWSP: Tarikh & Jumlah Bantuan Yang Diterima

Berita baik bagi rakyat Malaysia, pihak KWSP akan melancarkan kemudahan i-Lindung yang merupakan sebahagian usaha pihak kerajaan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat.  Berikut dikongsikan maklumat berkaitan i-Lindung KWSP


Berita baik bagi rakyat Malaysia, pihak KWSP akan melancarkan kemudahan i-Lindung yang merupakan sebahagian usaha pihak kerajaan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan i-Lindung KWSP

i-Lindung KWSP

i-Lindung merupakan sebuah kemudahan dana persaraan yang membenarkan pengeluaran daripada akaun 2 untuk pembelian insurans hayat dan penyakit krtikal melalui platform KWSP di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melalui PPA ini, ahli dibenarkan untuk membeli produk insurans / takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. 

Ianya dapat menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan untuk membantu ahli yang berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang. 

Cara Membuat Permohonan

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan i-Lindung KWSP:

  1. Log masuk ke i-Akaun KWSP, Klik pada pilihan i-Lindung di bahagian atas.
  2. Klik butang Dapatkan Sebut Harga
  3. Pilih jenis Perlindungan, Jenis Produk, Penyedia Insurans / Takaful dan Jumlah Dilindungi dan klik Dapatkan Sebut Harga
  4. Paparan senarai insurans / takaful akan ditunjukkan. Klik pilih dan ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai.

i-Lindung & i-Sayang

i-Lindung dan i-Sayang merupakan antara insentif yang bakal dilaksanakan pada tahun ini. i-Sayang adalah kemudahan untuk para isteri pencarum manakala i-Lindung adalah untuk perlindungan masa depan para pencarum KWSP

Maklumat lanjut mengenai i-Sayang KWSP boleh KLIK SINI