Berita baik bagi anak perantau, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi abntuan one-off i-perantau kepada anak perantau yang layak.
Melalui bantuan ini dianggarkan lebih 5000 ketua isi rumah anak perantauan Negeri Terengganu bakal mendapat manfaat daripada bantuan ini
Anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapakan dapat meringankan sedikit beban ketika pulang berhari raya.
Bantuan i-Perantau
i-Perantau adalah sebuah bantun yang diberikan kepada anak perantauan negeri Terengganu yang berkelayakan.
Bantuan ini diperkenalkan sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan.
Jumlah Bantuan i-Perantau
Berikut adalah jumlah bantuan i-Perantau:
- Kategori A (Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500): RM400
- Kategori B (Pendapatan Isi Rumah antara RM2,501 – RM5,000): RM250
Syarat Kelayakan Permohonan i-Perantau
Syarat permohonan i-Perantau adalah sama seperti i-Fitri iaitu:
- Ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Info penuh syarat kelayakan i-Perantau: KLIK SINI
Cara Membuat Permohonan i-Perantau
Permohonan boleh dikemukakan secara online melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Tempoh Permohonan i-Perantau
Permohonan boleh dibuat secara online bermula 24 April sehingga 2 Mei 2022.
Tarikh & Cara Bayaran i-Perantau
Bayaran pertama i-Perantau akan bermula pada 15 Mei 2022 di zon Lembah Klang dan akan disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan i-Perantau bolehlah melayari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ atau menghubungi nombor telefon 011-51754924 atau 011-51754969