Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 3 : Ini Perkara Yang Anda Wajib Tahu!
Isi Kandungan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan penstrukturan semula akaun ahli untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan jangka pendek ahli. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pertanyaan daripada orang awam.
Untuk pengetahun anda, KWSP memperkenalkan tiga akaun baharu:
- Akaun Persaraan : Sebelum ini dikenali sebagai akaun 1 yang bertujuan untuk simpanan hari persaraan
- Akaun Sejahtera : Sebelum ini dikenali sebagai akaun 2 yang bertujuan untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
- Akaun Fleksibel : Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.
Adakah Terdapat Perbezaan Dividen KWSP Antara Tiga Akaun Tersebut?
Tidak. Kadar dividen adalah sama untuk semua akaun. Pada masa ini, penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah polisi semasa penentuan kadar dividen.
TENGAH TRENDING:—————————
- TERKINI : Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Disember 2024
- Bantuan RM500 Untuk Warga Emas : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
———————————————————
Ikuti Group Whatsapp Kami Untuk Mendapatkan Info Terkini Bantuan 2024.
Bagaimana Caruman Baharu Akan Dikreditkan Ke Tiga Akaun?
Bermula 11 Mei 2024, caruman baharu akan diagihkan mengikut peratusan seperti berikut:
Setelah penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing. Sementara itu, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.
Contoh agihan caruman ke akaun KWSP ahli adalah seperti gambar di bawah:
Bermula 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024, ahli diberi peluang sekali sahaja untuk membuat pilihan memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan. Bagaimanapun, pilihan ini tidak boleh dibatalkan setelah permohonan diproses.
Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel pula adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera anda sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.
Anda boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut mekanisme pindahan ini.
Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.
Adakah Ahli Boleh Memilih Untuk Tida Membuat Pindahan Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel?
Ya, boleh. Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).
Perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024). Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan. Bagi yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan anda dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
Bagaimana Ahli Boleh Membuat Pengeluaran Melalui Akaun 3?
Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Perlu diingat, had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.
Anda tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran ini. Namun, anda perlu ada akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai akaun bank aktif, anda boleh memilih kaedah Arahan Bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun, dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.
Bolehkah Ahli Yang Berusia 55 Tahun Ke Atas Mempunyai Akaun Fleksibel?
Tidak, penstrukturan semula ini hanya melibatkan akaun KWSP ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (termasuk ahli bukan warganegara) pada 11 Mei 2024.
Setelah ahli mencapai umur 55 tahun, kesemua baki simpanan dalam ketiga-tiga akaun akan dipindahkan ke Akaun 55. Caruman baharu yang diterima selepas umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas.
Sumber : KWSP
Ikuti Telegram Rasmi : https://t.me/blogrojak
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.