Ingin keluarkan lebih banyak WANG dari iSinar? Ikuti langkah ini

Semalam kami telah menulis artikel tentang pengumuman KWSP untuk membolehkan pengeluar kemaskini jumlah pengeluaran yang ingin dilakukan. Ahli KWSP tak lepaskan peluang meminda dan buat permohonan baru pengeluaran kemudahan i-Sinar tanpa syarat yang dah dibuka.

Menurut laporan Berita Harian, seorang pemohon baru i-Sinar, Farah Abdul Rashid, 36, berkata langkah kerajaan meminda syarat i-Sinar dapat membantu pekerja sambilan sepertinya mengeluarkan caruman demi kelangsungan hidup. Katanya, sebelum ini ketika permohonan i-Sinar dibuka, beliau tidak berkesempatan melakukan perkara itu dan bersyukur masih diberikan peluang untuk membuat permohonan.

Suri rumah, Fara Abdul Rashid membuat  permohonan baharu i-Sinar pengeluaran tanpa syarat melalui telefon pintarnya. Susulan pengumuman Kementerian Kewangan yang mengesahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat, status kelulusan akan mula diberikan kepada pemohon mulai hari ini. 

“Kemudahan ini sangat membantu golongan pekerja sambilan seperti kami dalam situasi ekonomi semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik COVID-19. Sekurang-kurangnya ia dapat meringan beban kewangan saya,” katanya.

Bagaimana nak ubah jumlah pengeluaran? Ini caranya.

  • Layari: https://isinar.kwsp.gov.my/amendment
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan anda membuat pindaan amaun.
  • Wang i-Sinar anda akan dibayar dalam tempoh masa 3-5 hari selepas pindaan dibuat.

Seperti yang kami kata semalam, permohonan ini hanya boleh dilakukan sekali je. Oleh sebab itu, korang kena fikir elok-elok sebelum ambil keputusan untuk keluarkan wang daripada skim ini. Gunakanlah wang yang bakal diterima sebaiknya, jangan membazir!

1 thought on “Ingin keluarkan lebih banyak WANG dari iSinar? Ikuti langkah ini”

Comments are closed.