Ini Cara Mudah Keluarkan Duit KWSP Beli Rumah ~ Semak Syarat Kelayakan

Tahukah anda, bahawa anda boleh untuk membeli rumah dengan menggunakan duit KWSP? Pasti ramai ingin tahu bagaimanakah cara untuk beli rumah dengan menggunakan duit KWSP.


Tahukah anda, bahawa anda boleh untuk membeli rumah dengan menggunakan duit KWSP? Pasti ramai ingin tahu bagaimanakah cara untuk beli rumah dengan menggunakan duit KWSP.

Kami kongsikan kepada anda perkongsian daripada fb Ahyat Ishak tentang cara untuk beli rumah dengan menggunakan simpanan KWSP.

Syarat Pengeluaran Duit KWSP Untuk Beli Rumah

  • Beli/bina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama dah dijual, atau dalam proses nak dilupuskan). Kalau nak beli hartanah guna Akaun 2, anda kena tunjuk bukti yang dah bayar bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
  • Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
  • Tolong pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah si dia.

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Beli Rumah

Berikut dikongsikan cara mudah  untuk memohon pengeluaran KWSP bagi membeli rumah.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; atau
  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP; atau
  • Bukan Warganegara Malaysia yang:
  • Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
  • Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
  1. Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.
  2. Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
  3. Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.
  4.  Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.
  5. Anda sudah mengeluarkan carumah untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan carumah sudah dijual/dilupuskan
  6. Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri

Dokumen Yang Diperlukan

Ini adalah bahagian paling penting ya guys.PAstikan dokumen korang lengkap.Kemudian susun ikut turutan.Baru lah senang nak buat permohonan nanti.Korang boleh sediakan dokumen secara softcopy/hardcopy.

  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
  • Salinan original SPA.
  • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
  • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.
  • Bukti perhubungan (ini untuk korang yang buat join loan,Korang kena sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan)

Permohonan Pengeluaran Secara Online Atau Bersemuka

Sekarang segalanyakan di hujung jari korang.Adalah lebih mudah kalau korang buat permohonan secara online menerusi apps I-Akaun. 

Untuk permohonan secara bersemuka ni sila dapatkan kepastian dengan pihak KWSP sama ada perlu buat appointment dahulu atau boleh walk-in sahaja untuk permohonan pengeluaran KWSP ni.

Berapa Lama Proses Pengeluaran KWSP ?

Biasanya pegawai KWSP akan inform yang proses akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja tapi sebenarnya seawal 7 hari waktu bekerja korang dah boleh buat semakan dalam akaun korang. 


Haaa jangan nak buat joli pula duit tu nanti. Ingat pesan Ahyat ni. Pastikan dokumen korang lengkap tau. Ahyat harap perkongsian Ahyat ni serba sedikit dapat memberi idea untuk korang dalam pemilikan hartanah.

Infografik Beli Rumah KWSP

Maklumat Lanjut



Sumber Perkongsian: Ahyat Ishak