Berita penting untuk semua penerima BKC. buat masa kini anda boleh untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank yang berstatus Gagal Kredi dan Tiada Maklumat Akaun Bank untuk tujuan bayaran fasa kedua nanti.
Kami kongsikan maklumat terkini kemaskini maklumat Akaun Bank yang dikongsikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tarikh Untuk Kemaskini Permohonan BKC
- Tarikh kemaskini: 7 Oktober 2021
- Tarikh Tutup: 21 Oktober 2021
Cara Semak Status BKC
Anda perlu untuk membuat semakan status terlebih dahulu sebelum membuat kemaskini maklumat untuk memastikan maklumat akaun anda lengkap atau perlu untuk dikemaskini kerana Gagal Kredit/ Tiada Maklumat Akaun.
Berikut cara untuk membuat semakan status:
- Layari portal BKC melalui https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log Masuk atau Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad
- Sahkan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Maklumat status anda akan dipaparkan
Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank BKC
Anda boleh untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank sama ada secara online atau secara manual.
Cara membuat kemaskini seperti ini:
- Layari laman web https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Tekan butang Log Masuk
- Isikan nombor IC dan kata laluan yang didaftarkan
- Tekan butang Kemaskini Maklumat Akaun Bank untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank anda.
Maklumat Lanjut
Anda boleh hubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau cawangan LHDNM yang berhampiran untuk kemaskini akaun BKC anda.
Layari juga Soalan Lazim BKC untuk sebarang pertanyaan lanjut.