Ini Golongan Yang Layak Menerima Bayaran Tambahan bagi BKC Fasa 2 dan 3

Beberapa hari yang lalu, semakan bagi Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 telah dikeluarkan , bantuan ini merangkumi bantuan wang ringgit yang akan dikreditkan pada akaun penerima  golongan Miskin Tegar, Warga Emas Sebatang kara, B40, dan juga M40. 

Namun pun begitu, bagi kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Baharu kita iaitu Datuk Ismail Sabri telah menyatakan bahawa pada fasa 2 dan fasa 3 hanya beberapa golongan sahaja yang akan menerima bantuan lanjutan bagi bayaran Bantuan Khas Covid ini. 

Mari kita lihat golongan yang layak menerima BKC pada fasa seterusnya:-

BKC FASA 2 

Untuk fasa ke 2, jangkaan bagi pengkreditan BKC adalah pada bulan November 2021, untuk fasa ke 2 ini, hanya golongan isi rumah (miskin tegar dan golongan B40 sahaja), warga emas sebatang kara (miskin tegar) dan juga bujang (miskin tegar) yang akan mendapatkan bantuan lanjutan:- 
ISI RUMAH
Miskin tegar :  RM500
B40               : RM300 
WARGA EMAS SEBATANG KARA
Miskin tegar : RM300
BUJANG

Miskin tegar : RM300

BKC FASA 3

Bagi fasa 3 pula, hanya isi rumah dalam golongan miskin tegar sahaja yang akan mendapatkan bantuan BKC ini. Masa jangkaan tarikh pengkreditan adalah sekitar Disember 2021. 
ISI RUMAH

Miskin tegar : RM300

SEMAKAN KELAYAKAN BAGI BAYARAN FASA 1

Untuk membuat semakan kelayakan bagi pembayaran BKC fasa 1, anda bolehlah :- 

  • Masukkan no Mykad anda 
  • Tuliskan Captcha yang dipaparkan
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda 
  • Masukkan kata laluan dan klik ‘Log Masuk’ 
  • Jumlah bayaran dan kelayakan bagi pembayaran akan dipaparkan

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian.  Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan informasi ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda. 

Dapatkan informasi terbaru tentang bantuan kerajaan dan kerja kosong melalui channel kami: https://t.me/blogrojak