Syukur kerana pembayaran BKC Fasa 1 sudah bermula pada 6 September lalu. Ramai penerima bayaran BKC sudah mula menerima pengkreditan bayaran ke dalam akaun mereka.
Namun, ramai masih tertanya-tanya bilakah bayaran BKC Fasa 2 dan 3 akan disalurkan?
Oleh itu, kami kongsikan kepada anda bulan bayaran BKC Fasa 2.
Bulan Pembayaran BKC Fasa 2
Fasa 2 dan Fasa 3 masing-masing akan disalurkan pada bulan November dan Disember tahun ini.
Jumlah Bantuan BKC Fasa 2
BKC Fasa 2 ini akan Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima kepada setiap kategori pada Fasa 2 nanti:
Miskin Tegar
- Isi Rumah – RM500
- Warga Emas Sebatang Kara – RM300
- Bujang – RM300
B40
- Isi Rumah – RM300
Anda boleh rujuk jadual pembayaran dibawah:
Semakan Status Bantuan BKC
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan status BKC:
- Buka laman web BPR di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
- Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.
Maklumat Lanjut
Maklumat terperinci berkaitan BKC, anda boleh rujuk DI SINI.