Ini Mungkin Apa Yang Akan Dibentangkan Dalam Belanjawan 2023 Nanti!

Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia dan juga kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini akan terus memberi penekanan kepada kebajikan Keluarga Malaysia dan juga kesediaan negara berdepan kemungkinan krisis ekonomi global yang lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Namun begitu, apa inisiatif Bajet 2022 yang perlu Malaysia kekalkan? Dan apa inisiatif baru yang perlu dimasukkan?

Seperti sebelum ini, Kementerian Kewangan turut melancarkan Portal Cadangan Bajet 2023 supaya lebih ramai rakyat dapat berkongsi pendapat dan idea mereka dalam proses penyediaan bajet.

Untuk pengetahuan anda, hasil daripada sesi libat urus MOF bersama rakyat tahun lepas, lebih 50 inisiatif yang dicadangkan telah dimasukkan dalam Bajet 2022.

Bajet 2022

Jika dilihat dalam belanjawan 2022, ini adalah beberapa fokus kandungan yang ditekankan dan kemungkinan inisiatif ini akan diteruskan dalam Bajet 2023:

  • Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
  • Diskaun PTPTN
  • Skim Transaksi Tanpa Tunai e-Start
  • Bantuan Lesen Kenderaan Motor Golongan OKU
  • Program Subsidi Upah (PSU) Bersasar
  • Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding
  • Bonus Penjawat Dan Pesara Awam
  • Kereta Elektrik (Pengecualian duti import, duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan sehingga 100 peratus)
  • Vaksin Penggalak Yang Dibiayai Sendiri (Pelepasan cukai individu dan potongan cukai majikan akan diberikan terhadap kos pengambilan vaksin penggalak yang dibayar sendiri)
  • Rokok Elektronik / Vape (Pengenalan duti eksais)
  • Penajaan Program Kepakaran Doktor
  • Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar (Guru)
  • Perantisiswa Keluarga Malaysia
  • Pelepasan Cukai Individu (Telefon Bimbit, Tablet dan Komputer Riba)
  • Program Baucar Perlindungan Tenang
  • MySalam
  • Faedah Pencen Penakat PERKESO
  • Bantuan Khas Imam, Bilal, Siak, Noja, Marbut, Guru Takmir dan Guru KAFA
  • Program MyKasih Kapital
  • Subsidi Kerusi Keselamatan Kereta Bagi Kanak-Kanak
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (Tiada lagi cukai dikenakan bagi penjualan hartanah mulai tahun keenam dan ke atas)
  • Pas Perjalanan Bas & Rel RM50

Teks Ucapan Penuh Pembentangan Belanjawan 2022 – KLIK SINI

Bajet 2023

Dengan menggunakan tema “Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia”, Belanjawan 2023 akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan memberi tumpuan kepada pelaksanaan pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, pendapatan dan perlindungan sosial serta menambah baik daya saing perniagaan dan rantaian nilai di samping memperkukuh kedudukan fiskal kerajaan dan daya tahan negara dalam mendepani kejutan pada masa hadapan.



Fokus Utama Dalam Bajet 2023 Untuk Rakyat

Meningkatkan Pendapatan

Menjelang 2023, aktiviti ekonomi dijangkan akan kembali normal sepenuhnya. Justeru, lebih banyak peluang pekerjaan dijangkakan dapat diwujudkan.

  • Pelbagai inisiatif dan strategi akan dilakukan antaranya:
  • Penerusan program peningkatan kemahiran dan latihan semula
  • Peningkatan produktiviti melalui pendigitalan dalam aktiviti ekonomi
  • Memastikan gaji yang wajar kepada rakyat
  • Semakan semula gaji minimum

Selain itu, bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus menarik lebih banyak pelaburan terutamanya pelaburan berkualiti tinggi di semua koridor ekonomi bagi memastikan pembangunan yang lebih seimbang di seluruh negara.

Penekanan akan diberikan untuk menambah baik ekosistem perniagaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menambah baik insfrastruktur di wilayah atau negeri yang kurang membangun iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terangganu, Kedah dan Perlis.

Kesejahteraan Holistik

Agenda Kerajaan dalam pembangunan inklusif bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat secara holistik serta menambah baik persekitaran hidup, bekerja dan bermain. Hasrat ini memerlukan pembangunan komuniti yang berdaya huni melalui penyediaan perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan pengangkutan yang berkualiti kepada rakyat.

Perlindungan Sosial

Dalam usaha Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, pemberian bantuan tunai langsung kepada golongan mudah terjejas akan dipertingkat dan lebih bersasar terutamanya kepada warga emas, pelajar sekolah, orang kelainan upaya (OKU), orang asal dan ibu tunggal.

Pandemik C19 juga menunjukkan golongan berpendapatan rendah dan pekerja sektor tidak formal lebih terdedah kepada risiko kejutan ekonomi. Oleh itu, program jaringan keselamatan sosial dan sistem perlindungan sosial dirangka untuk melindungi rakyat daripada terdedah kepada pelbagai ketidaktentuan. Sistem perlindungan sosial yang baik juga menggalakkan insurans sosial diberikan kepada semua yang berdaftar dengan agensi perkhidmatan pekerjaan awam atau skim simpanan persaraan dapat mengurangkan pendedahan rakyat kepada risiko dan meningkatkan keupayaan rakyat untuk melindungi diri daripada kemalangan kerja.

Menyediakan lebih banyak pekerjaan dan peluang bekerja semula tertamanya kepada graduan menganggur, wanita meninggalkan pasaran buruh, OKU dan penganggur jangka panjang

Bantuan Secara Bersasar

Program bantuan tunai dan subsidi bahan api khususnya akan ditambah baik untuk memastikan pelaksanaan mekanisme pengagihan yang lebih berkesan. Mekanisme ini dijangka dapat memberi bantuan kepada kumpulan yang lebih memerlukan bantuan daripada Kerajaan

Maklumat penuh boleh rujuk Laman Khas Bajet Kementerian Kewangan Malaysia