Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank
ISI KANDUNGAN
STR Fasa 4 akan dikreditkan secara berperingkat pada 7 November 2023.
Bayaran fasa akhir ini akan memanfaatkan seramai 5.33 juta penerima STR sedia ada dan bakal menerima bayaran minimum RM200 sehingga maksimum RM1,200 mengikut kategori
Manakala, lebih daripada 280,000 penerima baharu diluluskan rayuan STR 2023 akan menerima bayaran sehingga RM2,500 mengikut kelayakan
Berikut dikongsikan jadual Bayaran STR Fasa 4 mengikut bank penerima berserta jumlah bayaran yang akan diterima.
Baca Juga:
- Kredit Shopee RM400 : Cara Claim & Semakan Kelayakan
- Rayuan STR Fasa 4
- RM1000 Tambahan Buat Penerima STR
Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Berikut dikongsikan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023:
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
Untuk pengetahuan anda, penerima STR Fasa 4 hanya melibatkan kategori isi rumah dan warga emas sahaja. Berikut dikongsikan jumlah bayaran yang diterima
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
Tiada Anak | RM200 |
1 – 2 Anak | RM600 |
3 – 4 Anak | RM900 |
> 5 Anak | RM1200 |
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak | RM0 |
1 – 2 Anak | RM0 |
3 – 4 Anak | RM300 |
> 5 Anak | RM500 |
Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas) | RM200 |
Bujang 21 – 59 Tahun | RM0 |
Bujang OKU (19 – 59 Tahun) | RM0 |
Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
- Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
- Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
- Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Apakah STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sebuah insiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika pembentangan Belanjawan 2023.
Bantuan ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Hanya golongan isi rumah di bawah miskin tegar dan tersenarai di dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak untuk menerima STR Tambahan ini.
Pembayaran sebanyak RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.
Soalan Lazim
Siapakah yang layak menerima STR?
Permohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah
– Kahwin: atau
– Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
– pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tiada Pasangan
– Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
– Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Bujang
– Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
– had umur adalah 21 -59 tahun; dan
– pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?
Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:
Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
Tunai di Kaunter BSN – pembayaran dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank & status pengkreditan gagal kredit
Siapakah yang layak terima SARA?
Kadar SARA berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
– Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
– Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bagaimanakan kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR RM600?
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan pengkreditan melalui akaun bank.
Cara membuat semakan status STR fasa 4?
Semakan Status STR fasa 4 boleh dibuat di laman web STR