Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah. Blog Rojak hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.
Jawatan Kosong Jabatan Alam Sekitar ~ 81 Kekosongan Ambilan Ogos 2024
Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.
MAJIKAN & TARIKH TUTUP:
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat jawatan kosong yang ditetapkan adalah layak untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:
- Nama Majikan : Jabatan Alam Sekitar Malaysia
- Lokasi Kekosongan : Seluruh Negara
- Tarikh Tutup Permohonan : 26 Ogos 2024
LATAR BELAKANG MAJIKAN:
Jabatan Alam Sekitar merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna. Alam sekitar menjadi mangsa kepada pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-lain.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975.
Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Fungsi utama Jabatan Alam Sekitar(JAS) adalah untuk :
- Mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
- JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar.
- Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan.
Terdapat lapan prinsip di bawah Dasar Alam Sekitar Negara(DASN) untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
- Pengawasan Alam Sekitar
- Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
- Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
- Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
- Membuat Keputusan Bersepadu
- Peranan Sektor Swasta
- Komitment dan Kebertanggungjawaban
- Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
Dasar Alam Sekitar Negara(DASN) ini diwujudkan bagi :
Melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.
Mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan
Memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar.
MAKLUMAT KEKOSONGAN:
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:
- PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C41
KELAYAKAN MOHON:
Untuk memohon jawatan kosong, pastikan anda mengikuti langkah memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti dibawah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan ke atas
- ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang ekologi, fizik, kimia hayat,
kaji hayat atau bidang berkaitan - ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang alam sekitar atau bidang
berkaitan - ijazah sarjana muda kejuruteraan awam, mekanikal, kimia atau bidang
berkaitan
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:
- Cukup syarat akademik yang ditetapkan
- Baik dalam pengurusan masa
- Komunikasi yang baik
- Berminat bina kerjaya bersama majikan
- Berpengetahuan
- Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)
SEDANG TRENDING :
- Kekosongan Jawatan PERKESO ~ Kelayakan Minima SPM Ambilan Ogos 2024
- Jawatan Kosong JKR 2024 ~ Gaji RM2,000 – RM2,499 Ambilan Ogos 2024
KELEBIHAN:
- Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
- Cuti tahunan
- Cuti sakit dan lain-lain
- KWSP
- SOCSO
CARA MOHON:
Klik pautan “JAWATAN KOSONG” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan kosong tersebut.
Segala permohonan jawatan kosong adalah melalui secara online sahaja. Permohonan hendaklah dihantar sebelum 26 Ogos 2024.
Anda boleh membuat permohonan jawatan di sini :
SKOP KERJA JAWATAN KOSONG JKR PELUKIS PELAN :
Berikut merupakan skop kerja dan tanggungjawab bagi jawatan yang telah ditetapkan oleh ketua jabatan :
- Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya serta Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
- Menyumbang khidmat teknikal berkaitan pengurusan alam sekitar di peringkat nasional dan antarabangsa
- Mendidik dan meningkatkan kesedaran awam terhadap tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar
- Memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.