Jawatan Kosong Jabatan Imgresen Malaysia : Kelayakan Minima SPM Ambilan Jun 2024

Berikut merupakan iklan kerja kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan adalah seperti yang diiklankan di bawah. Blog Rojak hanya menyiarkan maklumat kekosongan jawatan untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Jawatan Kosong Jabatan Imgresen Malaysia : Kelayakan Minima SPM Ambilan Jun 2024

Segala permohonan anda perlulah dibuat di laman rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan perjawatan.

MAJIKAN & TARIKH TUTUP:

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat jawatan kosong yang ditetapkan adalah layak untuk memohon mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:

  • Nama Majikan : Jabatan Imigreseb Malaysia
  • Lokasi Kekosongan : Rujuk Iklan
  • Tarikh Tutup Permohonan : 28 Jun 2024

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi yang bernaung di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang datang berkunjung ke Malaysia. Terdapat 17 Bahagian di dalam Jabatan Imigresen Malaysia yang mempunyai fungsi masing-masing.

Senarai 17 Bahagian dalam Jabatan Imigresen : 

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Kewangan
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod
  • Bahagian Khidmat Ekspatriat
  • Bahagian Visa, Pas & Permit
  • Bahagian Integriti
  • Bahagian Keselamatan & Pasport
  • Bahagian Pekerja Asing
  • Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
  • Bahagian Penasihat Undang-Undang
  • Bahagian Pengurusan Depoh & Tahanan
  • Bahagian Perisikan, Operasi Khas & Analisa
  • Bahagian Operasi, Siasatan & Pendakwaan
  • Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA
  • Akademi Imigresen Malaysia
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Berikut merupakan fungsi Jabatan Imigresen Malaysia :

  1. Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  2. Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  3. Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  4. Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).

Tahukah anda? Ibu pejabat pertama Jabatan Imigresen Malaysia terletak Pulau Pinang dan ditubuhkan pada tahun 1947.

Ibu pejabat Imigresen dipindahkan beberapa kali dalam kawasan Kuala Lumpur sehingga pada bulan September 2004, di mana ia dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perpindahan ini dilakukan secara berperingkat sebagai langkah untuk memastikan proses kerja dapat dijalankan dengan sempurna.

Jawatan Kosong Jabatan Imgresen Malaysia : Kelayakan Minima SPM Ambilan Jun 2024
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
MAKLUMAT KEKOSONGAN:

Jawatan kosong JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  1. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
KELAYAKAN MOHON:

Untuk memohon jawatan kosong JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA, pastikan anda mengikuti langkah memohon jawatan kosong terkini yang telah ditetapkan majikan seperti dibawah :

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Selain itu, calon juga perlulah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Cukup syarat akademik yang ditetapkan
  • Baik dalam pengurusan masa
  • Komunikasi yang baik
  • Berminat bina kerjaya bersama majikan
  • Berpengetahuan
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

SEDANG TRENDING :

  1. Bantuan Rumah SPNB : Rumah Mesra Rakyat 2.0
KELEBIHAN:
  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti tahunan
  • Cuti sakit dan lain-lain
CARA MOHON:

Klik pautan “MOHON JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan jawatan kosong tersebut.

Jawatan Kosong Jabatan Imgresen Malaysia : Kelayakan Minima SPM Ambilan Jun 2024

Segala permohonan jawatan kosong adalah melalui atas talian sahaja. Permohonan hendaklah dihantar sebelum 28 Jun 2024.

Skop Kerja Jawatan Kosong JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA :

  1. Bertanggungjawab dalam tugasan pengkeranian
  2. Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan operasi

Imigresen komited tambah baik khidmat autogate di pintu masuk utama

Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam menambah baik perkhidmatan autogate di pintu masuk utama di negara ini iaitu pergerakan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam usaha penambahbaikan ini, pihaknya akan terus meneliti dan memperkemas proses kerja bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Jabatan ini dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri juga dalam perancangan untuk menambah bilangan autogate bagi menampung permintaan penggunaannya yang semakin mendapat sambutan daripada pelawat asing ketika ini”.’

“Ini merupakan komitmen jabatan untuk terus menyokong pembangunan ekonomi negara tanpa mengabaikan keistimewaan serta kemudahan untuk warganegara Malaysia,” katanya.

Ruslin berkata, kemudahan itu yang dibuka kepada pelawat asing bermula pada 1 Jun lepas, adalah selaras dengan pengumuman kerajaan agar penggunaan autogate di pintu masuk utama diperluas kepada 63 negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terutama setelah negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pada 2023, Jabatan Imigresen merekodkan jumlah ketibaan pelawat asing melebihi 30 juta orang.

“Kadar ini terus meningkat dan sehingga Mei 2024, lebih 13 juta pelawat asing direkod memasuki Malaysia untuk pelbagai tujuan.

Sumber : BERNAMA

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Leave a Comment